berita

Guna Kerusi Roda Hantar Pesanan Pelanggan, Kisah Ketabahan Pekerja GrabFood Ini Undang Sebak

March 29th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Tidak semua di dunia ini dilahirkan bernasib baik dan mempunyai kehidupan sempurna. Ada yang terpaksa meneruskan kehidupan  seharian tanpa anggota badan yang lengkap. Seperti perkongsian dari Shahril Jantan mengenai seorang wanita bernama Sumaiyah. Pada awalnya, dia memesan Bubble Tea di Grab Food, namun apa yang berlaku selepas itu sungguh tidak disangka..

Pesan Bubble Tea

Apabila anda berfikir bahawa masalah anda adalah yang paling sukar di dunia

Apabila anda berfikir aircond di pejabat anda tidak sejuk seperti yang anda mahu

Apabila anda berfikir komputer atau komputer riba anda mengambil masa yang lebih lama daripada yang sepatutnya

Apabila anda berfikir berjalan ke kedai berhampiran di bawah matahari yang panas terik perlu menggunakan tenaga banyak.

Saya membuat pesanan Bubble Tea untuk isteri saya melalui @grabfoodsg. Cawangan untuk penghantar grab mengambil pesanan saya adalah di Tampines dan dihantar terus ke kediaman saya di Reservoir Bedok. Saya menganggarkan dengan kereta akan mengambil masa kira-kira 10-12 minit, basikal 15-20 minit, escooter mungkin 12-15 minit.

Penunggang grabfood lambat

Saya mula tertanya-tanya di mana teh yang saya pesan selepas 30 minit berlalu. Semasa saya melihat pergerakan penunggang melalui aplikasi makanan grab, ia kelihatan jauh dan perlahan daripada yang saya bayangkan. Sekali-kali tertanya juga betul ke penunggang ini menaiki pengangkutan atau sebenarnya berjalan kaki.

Akhirnya, ikon penunggang di GPS melepasi pintu utama rumah. Saya perasan dia terlepas pintu masuk tempat letak kereta dan ini membuatkan saya lebih gelisah. Saya memandang tingkap, melilau mencari dari kanan ke kiri apabila tiba-tiba saya melihat sesuatu yang tak disangka.

Penghantar GrabFood berkerusi roda

Penghantar GrabFood berkerusi roda perlahan-lahan berjalan di sepanjang jalan kaki di hadapan blok kami. Saya merasakan bahawa dialah penghantar pesanan, lalu saya terus bergegas mencari dia. Saya pergi ke arahnya ketika dia sampai di lobi lif dan hati saya tersentuh. Sengaja saya berbual kosong bertanya jika dia benar-benar pergi ke sini dari Tampines.

Dia mengangguk dan berkata ya. Saya diam. Saya agak emosi tetapi cuba tenang kerana Sharlien berada di sebelah saya. Selepas dia menyerahkan minuman, saya terus membuat pembayaran melalui GrabPay, dan cepat-cepat mencapai dompet ingin menderma semua duit yang ada dalam dompet ini.

Hilang kata-kata

Saya agak terkejut, jujur. Saya hilang kerana kata-kata. Perkara ini menjadi topik saya bersama Sharlein semasa perjalanan ke sekolah hari ini. Masya-Allah. Dia menunjukkan ketenunan dia berjaya mengatasi ujian yang dihadapi ini.

Semoga Allah memberikan kepadanya kekuatan, harapan dan rezeki dan terus menjadi inspirasi kepada orang lain yang kaya seperti anda dan saya.

Terima kasih Sumaiyah

Sumber : Shahril Jantan

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×