berita

Guna Pencuci Je Tak Cukup! – Ni 4 Sebab Korang Kena Exfoliate Muka Setiap Minggu

November 23rd, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trendy

Exfoliation adalah salah satu benda yang penting dalam rutin penjagaan harian wajah. Ramai sebenarnya yang anggap exfoliation ni tak berapa penting. Eh kejap.. korang tahu tak penting untuk korang exfoliate muka sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Habis cuci muka hari-hari tu tak cukup lagi ke min? Rasa macam dah bersih dah muka ni.

Haa..Usia korang yang meningkat akan dilalui bersama proses pembaharuan kulit. Ini yang buat kulit korang jadi kasar, proses penuaan jadi cepat, tona kulit tak sekata, pori tersumbat serta kulit nampak pucat dan kusam.

Jadi, exfoliation memainkan peranannya dalam membantu proses penukaran kulit. Sama ada menggunakan skrub ataupun masker. Semua akan memberi kesan yang baik. Jom baca sebab-sebab selanjutnya korang wajib exfoliate muka.

1. Membuang sel-sel kulit mati

Sumber: Youtube

Mengekalkan kelembapan kulit amat penting apabila proses penuaan kulit berlaku. Tapi, moisturizing akan buat sel-sel kulit mati yang kering melekat di muka.

Memang bagus untuk muka korang nampak lembap dan berseri tapi bila dah terlalu banyak kulit mati berkumpul, muka korang akan nampak kusam dan kasar.

So exfoliation lah jawapannya! Exfoliation akan bantu singkirkan kulit-kulit mati dan menjadikan kulit korang lembut macam kulit bayi. Lagi senang nak pakai BB cream atau foundation. Sebagai bonus, muka korang juga akan nampak lebih muda!

2. Mencerahkan kulit & bintik hitam

Lapisan kulit yang paling atas adalah yang paling lambat untuk proses penukaran kulit. Ia juga mudah terdedah kepada cahaya matahari dan kerosakan akibat sinaran UV. Sebab tu bintik hitam akan mula kelihatan kat muka korang sebab sel-sel kulit mati penuh di wajah.

Skrub dan masker yang korang pakai untuk exfoliation tu dapat mencerahkan bintik-bintik hitam sekaligus mencerahkan kulit wajah. Hasilnya muka korang cerah berseri!

3. Menghilangkan kedutan & garis halus

Perkara yang paling kita inginkan mestilah kulit wajah nampak muda dan gorgeous kan. Exfoliation akan bantu menghilangkan garis halus dan kedutan yang muncul akibat proses penuaan. Ia juga akan menyingkirkan kulit-kulit lama dan muka korang nampak awet muda.

Menurut kajian, exfoliation juga menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan lebih cepat. So korang dapat lah achieve muka yang lawa dan berseri-seri!

4. Mengecilkan liang pori

Dah tentu kita tak boleh kecutkan liang pori 100% tapi korang boleh stopkan dari jadi lebih besar. Liang pori akan nampak lebih besar dan mudah tersumbat bila usia kita meningkat. Cuba bayangkan semua sel-sel kulit mati tu terkumpul dah penuh di muka korang.

Confirm muka korang nampak lebih berminyak kalau liang pori dah tersumbat. Tu yang terjadinya whitehead, blackhead, bintik hitam dan jerawat. Bagus tau kalau korang rajin exfoliate ni, boleh buang segala cela-cela kat muka korang sampai bersih.

Jadi korang, jangan lah anggap exfoliate ni benda biasa je tau. Korang nak cantik dan muka bersih kan? Jangan lupa amalkan okay! :)

Sumber: Honesty For Your SkinSoniaRemy

The following two tabs change content below.

Arini Saleh

Content Champion at Rev Asia Berhad
'Writing is my passion, not my job' - AE Croft