berita

Guna Perkataan Double Meaning & Lucah Terhadap Wanita, Yana Samsudin Report Polis Streamer Jijik

July 16th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Yana Samsudin membuat laporan polis terhadap individu atau ‘streamer’ yang didakwa membuat gangguan seksual secara lisan iaitu ‘double meaning’ dan berbaur lucah kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun, semalam.

Perkara yang sangat menjijikkan

Assalamualaikum. Sepanjang saya bermain game dan stream baru kali ni akak jumpa perkara yang sangat menjijikkan dan memalukan bagi pihak streamer Malaysia. Saya sedar dan saya tahu lambat, sibuk dalam beberapa hari ni menyiapkan pasukan @ysxesport untuk ready dalam kejohanan PMNC ( PUBGM National Championship ) yang akan berlangsung Jumaat ini.

Baru baru ini ada viewers datang ke komen saya ketika saya sedang stream mengatakan seorang streamer (Lelaki berusia 20an) telah report akaun seseorang dan beliau juga seorang kaki toksik yang suka mencarut menggunakan perkataan kotor di dalam streamnya. Ramai viewers juga minta saya tengok live stream tersebut. Tapi saya menolak untuk melihat malah menasihati rakan viewers dan supporters, untuk mengelakkan dari tonton dan support streamer yang membuat content mencarut dan tidak menunjukkan moral yang baik dalam streamnya, sama ada untuk menaikkan rating atau followers.

Menurut Yana, dia mengetahui mengenai hal tersebut sebaik sahaja ada beberapa orang ‘viewers’ memberi aduan kepadanya. Jelas Yana, ‘streamer’ tersebut dipercayai suka mengeluarkan perkataan kesat dan kotor di dalam streamnya. Tambah Yana, tindakan ‘streamer’ tersebut boleh memberi kesan negatif terhadap psikologi dan melanggar akta kanak-kanak. Oleh itu, dia telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Perkataan berbaur lucah

Tetapi semalam, selepas meeting, telefon saya terima notification live @jandahunter yang mengulas tentang streamer yang sama, dan kes ni saya rasa lagi besar dan tersangat melampau serta menjijikkan . Streamer tersebut telah menggunakan perkataan double meaning dan berbaur lucah kepada seorang kanak kanak perempuan berusia 13 tahun!

Mengulas lebih lanjut, Yana menegaskan bahawa tindakan ‘streamer’ terbabit telah melanggar etika streaming. Ini kerana, individu tersebut telah menerbitkan kandungan secara siaran langsung dengan menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan dan penghasilan kandungan berunsur lucah. Lebih teruk, ada pihak lain telah menyunting dan menjadikan ianya satu video untuk tontonan umum.

Sebagai seorang wanita, ibu, masyarakat yang prihatin terhadap isu gangguan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak, Yana berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap streamer tersebut. Di samping itu, nama baik streamer lain di Malaysia turut terjaga.

Sumber: Yana Samsudin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×