berita

Guna Phone Je! Cara Nak Membanci Ni Senang Je Rupanya!

August 3rd, 2020 | by Azyan
Sponsored Post

Setiap 10 tahun, Kerajaan melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan kerajaan negeri akan membuat bancian bagi menentukan populasi sesuatu tempat dan bukan itu saja yang mereka akan dapat tahu daripada bancian tersebut. Banci tak boleh dibuat setiap tahun kerana kosnya yang tinggi!

Ada banyak perkara yang dapat dirungkai dan senarai kat bawah ni adalah semua yang korang perlu tahu mengenai populasi di Malaysia dan juga cara yang mudah untuk korang dibanci!

1. Data daripada bancian ni akan digunakan untuk menentukan kuota Haji!

Menurut keputusan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam), setiap negara  akan dapat kuota haji sebanyak 0.01% daripada populasi penduduknya. Sebab itulah penting untuk semua orang dibanci supaya, pihak Malaysia akan dapat bilangan populasi yang tepat yang dimana sekiranya populasi tersebut meningkat, bilangan kuota tersebut juga akan meningkat!

2. Jabatan Perangkaan boleh tahu masalah sesuatu tempat tu daripada bancian tersebut!

Masih ramai sebenarnya tak tahu betapa pentingnya untuk bancian ini dibuat! Bukan hanya untuk kira populasi semata tapi ia juga untuk mengetahui masalah sesuatu tempat tu. Sebagai contoh, jalan raya berturap atau sekolah dan masjid yang ada terlalu jauh dan sebagainya. Keputusan dari bancian ini lah yang membantu untuk meningkatkan kemudahan asas, keselamatan,kesihatan,pendidikan dan juga kemudahan rekreasi sesuatu tempat tersebut.

3. Kumpulan etnik di Malaysia meningkat pada tahun 2020 ni!

Buat pembaca dari Sabah atau Sarawak, pernah tak korang isi borang nak etnik korang tak disenaraikan dalam list tu? Ha kalau korang nak tahu, sebelum ni hanya 120 kumpulan etnik yang didaftarkan! Tapi bagi tahun 2020 ni, kumpulan etnik di Malaysia telah meningkat kepada 350 kumpulan! Wahhh! Memang berkesan la bancian ni sebab memang terperinci tau!

4. Tentukan pemilikan rumah di Malaysia. Masih ramai menyewa atau beli rumah?

Selain daripada itu, keputusan bancian tersebut juga akan membantu pihak kerajaan untuk mengetahui adakah rakyat Malaysia  termasuk belia masih ramai menyewa atau ramai yang membeli rumah. Dan keputusan tersebut akan membantu pihak kerajaan untuk merangka pelan pembangunan dan intervensi yang sesuai dengan keperluan rakyat!

5. Boleh dikenakan denda!

Bancian ni sememangnya penting untuk bukan sahaja individu tapi untuk negara kita! Korang boleh dikenakan denda kalau tak berikan kerjasama untuk dibanci tau. Kalau korang rasa susah  nak menjawab soalan-soalan tu, sekarang dah ada cara mudah untuk korang dibanci!

Buat banci guna phone je! Tak payah susah-susah dah!

Ketika musim Covid-19 ni, seeloknya face-to face interaction dikurangkan. Sebab itulah banci atas talian atau e-Census 2020 ni diperkenalkan.

Korang hanya perlu jawab soalan bancian korang menggunakan handphone atau laptop korang. Mudah dan menyenangkan bukan? Korang boleh scan QR code kat bawah ni untuk terus memberi respons!

Banci 2020 adalah banci yang keenam dilaksanakan semenjak penubuhan Malaysia. Banci ini penting bagi mengumpul profil penduduk dan perumahan dengan terperinci.

Data bancian yang terkini dan komprehensif akan menjadi sumber utama dan penting dalam penyediaan rancangan pembangunan negara termasuk dasar utama berkaitan Warga Emas, OKU,Belia dan banyak lagi. Macam admin cakap tadi lah, dari bancian ni lah kerajaan boleh fikir cara untuk membantu rakyat dengan lebih lagi!

Bagi mengekang penularan COVID-19,terdapat 2 fasa Banci. Fasa pertama menggunakan e-Census ni sampai 30 September 2020 je tau!

Terdapat 2 fasa untuk Banci 2020. Fasa pertama bermula 7 Julai hingga 30 September 2020 melalui kaedah e-Census. Kaedah ni paling best sebab mudah sangat! Hanya melalui aplikasi, korang dah boleh join bancian ni.

Fasa kedua pula akan bermula dari 7 hingga 24 Oktober 2020 dengan menggunakan kaedah temuramah bersemuka tetapi hanya jika korang tak buat melalui e-Census. Jadi untuk memudahkan, korang banci je guna e-Census tu ok!

Dianggarkan 32.7juta penduduk dengan 9 juta tempat kediaman akan dibanci.

Cara-cara nak banci pun mudah je!

Cara yang pertama menggunakan kaedah e-Census korang boleh tengok kat bawah ni. Masuk www.mycensus.gov.my

Bagi yang dah dapat poskad di bawah ni, korang hanya perlu masukkan invitation code yang diberikan, manakala bagi yang belum dapat, korang boleh membuat pra-pendaftaran disini! Korang juga disarankan untuk menggunakan gmail bila mendaftar!

Fasa kedua pula menggunakan face-to-face!

Bagi warga emas, jangan risau, sekiranya tidak mahir untuk menjawab menggunakan telefon atau laptop, bancian secara face-to-face akan dijalankan. Namun, sekiranya ramai yang menjawab menggunakan e-Census, face-to-face banci ini akan dikurangkan dan hanya terhad untuk warga emas, kawasan pendalaman dan sebagainya!

Jadi, jom tunaikan tanggungjawab korang! Pastikan korang dan keluarga  dibanci kerana Data Anda Masa Depan Kita! Maklumat lanjut korang boleh klik kat SINI!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×