berita

Guna Telefon Pintar Untuk Ambil Gambar Tahap Professional? HUAWEI nova 9, Peranti Yang Korang Cari!

November 3rd, 2021 | by Syamirul
Kini Trending

Korang  perasan tak sekarang ni banyak betul telefon pintar pelbagai jenama baharu yang keluar di pasaran? Sampai tak terkejar dibuatnya.

Tapi mesti ramai yang nak cari telefon pintar yang canggih untuk ambil gambar ala-ala professional photographer kan? Mana taknya, sekarang kan semua orang lebih memilih untuk ambil gambar guna telefon berbanding kamera.

Ha.. HUAWEI telah keluarkan satu telefon pintar baharu iaitu HUAWEI nova 9 dengan ciri fotografi yang tersendiri dan prestasi yang hebat, sesuai untuk kegunaan harian korang.

Jom kita tengok apa yang menarik dengan HUAWEI nova 9 ni!

Reka bentuk yang lebih terkini

 

Dengan HUAWEI nova 9, korang akan dapat pelbagai ciri-ciri yang luar biasa dan mampu meningkatkan pengalaman hiburan korang tau.

Dengar cerita, HUAWEI nova 9 mempunyai reka bentuk yang estetik dan siap ada SuperCharge lagi. Ha, lepas ni korang dah tak ada lah masalah bateri telefon cepat habis kan! Bestnya.

Apa istimewanya HUAWEI nova 9 ni?

Telefon pintar HUAWEI ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini, sekaligus membuatkan korang kena jadikannya sebagai telefon pintar pilihan pertama korang!

1. Prestasi kamera yang luar biasa

HUAWEI nova 9 menawarkan sistem kamera Ultra Visi 50MP, Ultra Lebar sudut kamera 8MP, Kamera Depth 2MP dan kamera makro 2MP  yang berdefinisi tinggi. Ia menggunakan teknologi XD Fusion Engine yang boleh didapati di peranti flagship HUAWEI, yang menggunakan teknik fotografi yang canggih untuk meningkatkan perincian dan kualiti imej dengan sangat baik.

Selain itu, buat kali pertama dalam siri HUAWEI nova, HUAWEI nova 9 dilengkapi dengan kamera gred flagship, ia menggunakan sensor RYYB  yang membantu korang menangkap imej kehidupan sebenar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tidak kira keadaan cahaya yang gelap.

Bukan itu sahaja, HUAWEI nova 9 juga menawarkan kamera selfie 32MP dan video selfie beresolusi 4K yang dapat memberikan kualiti video yang amat bagus.

Ha… Kepada vlogger di luar sana, tidak perlu risau untuk membuat video kerana HUAWEI nova 9 memberikan ciri yang sangat istimewa, iaitu ciri Dual-View, dimana korang boleh merakam segalanya dengan menggunakan kamera depan dan belakang serentak tanpa perlu bersusah payah dan meringankan beban korang apabila membuat suntingan video.

Korang mesti tertanya-tanyakan, apa elemen yang diperlukan untuk menghasilkan gambar  fotografi yang baik? Ha, rahsianya ialah penderia kamera yang mampu menangkap pendedahan cahaya untuk memastikan foto kelihatan tajam dan tulen.

Melalui inovasi serta penyelidikan dan pembangunan berterusan, HUAWEI telah memperkenalkan teknologi kamera baharu dalam HUAWEI nova 9 untuk pengalaman fotografi yang sangat baik dengan keupayaan penderia kamera baharunya. Menarik kan!

2. 120Hz Paparan licin dan bendalir

Yang lagi best, ianya turut dilengkapi dengan paparan skrin melengkung OLED 6.57 inci untuk memberikan korang pengalaman hiburan yang lebih menarik dengan pemandangan sinematik.

Korang pun boleh merasai pengalaman premium kerana, HUAWEI nova 9 membolehkan pengoptimuman skrin yang menukar paparan antara 60Hz dan 120Hz kadar penyegaran bergantung pada penggunaan, mengimbangi kedua-dua visual semasa menonton video dan memanjangkan hayat bateri.

3. Reka bentuk yang lebih estetik

Korang mesti suka dengan reka bentu baru HUAWEI nova 9 ni tau sebab, reka bentuknya yang lebih estetik membuatkan korang akan berasa selesa menggunakannya sepanjang hari.

Didatangkan juga dengan warna yang menarik, Starry Blue, sangat sesuai buat sesiapa sahaja yang menggunakannya!

Ia juga mengekalkan kemasan matte mewah dengan tekstur halus untuk sentuhan yang lebih berkualiti.

HUAWEI nova 9 juga sangat ringan dan nipis, dengan hanya 175g ringan dan 7.77mm nipis, memberikan keselesaan apabila simpan di poket atau memegangnya.

4. 66W Kepantasan caj yang tinggi

Dengan Huawei nova 9 ni, korang tak perlu risau lagi kalau telefon korang habis bateri sebab, HUAWEI nova 9 menawarkan pengecasan pantas dengan 66W HUAWEI SuperCharge!

Apa yang menariknya lagi, HUAWEI nova 9 memastikan pengecasan penuh dalam masa 38 minit sahaja! Biar betul. Lepas ni korang bolehlah caj dimana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja.

5. Prestasi permainan yang lebih teguh

 

Untuk korang yang kaki game tu, korang bakal merasai pengalaman yang menyeronokkan dengan HUAWEI nova 9 kerana prestasi permainannya yang lebih mantap!

Dengan Touch Turbo Gaming Experience yang dibina dalam HUAWEI nova 9, korang boleh menikmati sehingga 300Hz kadar pensampelan sentuhan semasa bermain dan membantu korang untuk mencapai prestasi terbaik dalam skor permainan nanti.

Tapi macam mana kalau telefon tiba-tiba panas? Ha jangan risau, HUAWEI nova 9 direka dengan teknologi penyejukan Cecair Graphene & VC, bagi memastikan pengalaman permainan yang lebih lancar tanpa memanaskan  peranti.

Ia menggunakan teknologi pelesapan haba Graphene dalam mengesan kehangatan dan segera menyejukkan peranti apabila kehangatan dikesan.

6. Ketersambungan pintar dengan perkhidmatan mudah alih HUAWEI Mobile Services (HMS)

HUAWEI berazam untuk menyediakan semua kemudahan kesalinghubungan dalam ekosistemnya untuk memudahkan pengguna mereka.

Sesuai dengan namanya sebagai peneraju teknologi global, HUAWEI mempersembahkan manfaat Perkhidmatan Mudah Alih HUAWEI Mobile Services (HMS) untuk semua pengguna HUAWEI menikmati dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Kepada korang yang sangat risau dengan aplikasi di peranti HUAWEI, AppGallery menawarkan banyak aplikasi yang rakyat Malaysia selalu guna, dari kategori komunikasi, permainan, e-wallet, membeli-belah dan banyak lagi! Jadi, korang boleh menggunakannya tanpa berasa kerisauan.

Kalau sebut mengenai HUAWEI Mobile Services, tentu korang akan tertanya-tanya tentang privasi kan?

Jangan risau HUAWEI AppGallery kini boleh diakses menggunakan hanya satu ID HUAWEI sahaja. Selain itu, ibu bapa yang bekerja juga boleh mengakses fungsi sekatan untuk mengehadkan penggunaan gajet anak-anak mereka untuk jangka masa yang panjang. Mudah kan!

Siap boleh menang hadiah lagi!

Nak tau tak apa yang lagi menarik? Kalau korang menyertai peraduan Be a nova Star Stream & Win di JOOX pada 29 Oktober hingga 4 November 2021 ni, korang boleh memenangi pelbagai hadiah yang menarik macam HUAWEI FreeBuds 4 yang bernilai RM599. Menarik kan!

Untuk peserta yang mendengar lagu nova 9 selama 9 jam pon bakal dipiliah secara rawak sebagai pemenang tau!

Bukan itu sahaja, kalau korang minat menyanyi, bolehlah sertai Pertempuran Karaoke Be a nova Star dari 5 November hingga 18 November 2021 hanya di JOOX.

Tidak ketinggalan juga terdapat tiga (3) pemenang yang akan dipilih daripada 3 kategori iaitu:

1. Penerima Top “Gifts” 

2. Penerima Top “Likes” 

3. Entri Paling Kreatif (Pilihan Editor)

Wahhhhh ini yang buat lagi tak sabar nak join ni!

Macam mana nak dapatkan HUAWEI nova 9 ni?

Pada 8 November 2021, jam 8 malam, korang boleh menonton siaran langsung pelancaran HUAWEI nova 9 di laman rasmi Facebook dan Youtube mereka. Jangan lupa tengok tau!

Bagi korang yang nak menempah HUAWEI nova 9, korang boleh buat tempahan bermula dari 8 November 2021 jam 8.30 malam.

Mesti korang tak sabar kan? Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari di laman web HUAWEI  atau HUAWEI Experience Store dan untuk pembelian di atas talian korang boleh dapatkan di Lazada & Shopee.

 

SKIP THIS AD ×