berita

Guna Wajah Tampan Ajak Remaja Lakukan Seks, Bekas Kumpulan EXO Kris Wu Ditahan Polis

August 3rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Bintang pop berdarah Cina dan Kanada, Kris Wu ditahan polis Beijing kerana disyaki merogol dan didakwa berulang kali mengajak remaja perempuan untuk melakukan seks.

Dakwa dirinya ‘diserang’ secara seksual oleh Kris Wu

Sebelum ini, perbuatan keji Kris Wu itu terbongkar untuk pertama kalinya di platform media sosial China, Weibo pada bulan lalu.

Seorang gadis yang dikenali sebagai Du Meizhu telah memuat naik satu posting yang mendakwa dirinya telah ‘diserang’ secara seksual ketika dia berusia 17 tahun dan masih lagi seorang pelajar di Communication University of China di Beijing.

Walau bagaimanapun, Kris Wu telah menafikan dakwaan berkenaan di akaun Weibo dan mengatakan khabar angin tersebut adalah palsu dan pihak pengurusannya mengatakan bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap gadis tersebut.

Kris Wu ditahan polis

Susulan daripada tuduhan berkenaan, bintang popular berusia 30 tahun itu ditahan polis atas tuduhan rogol serta mengajak remaja perempuan untuk melakukan seks dengannya dan akaun Weibo miliknya yang mempunyai 51 juta pengikut telah disekat.

Kes berkaitan bekas ahli kumpulan EXO ini masih lagi dalam siasatan polis di sebuah balai di kawasan Chaoyang.

Setelah namanya tercalar akibat tuduhan-tuduhan itu, pihak jenama antarabangsa yang menggunakan Kris Wu sebagai brand ambassador sejak dari 2018 dan beberapa jenama kosmetik terkenal telah menghentikan kerjasama serta membatalkan kontrak mereka bersamanya.

Sumber : CNN

SKIP THIS AD ×