berita

Guru Dibawa Ke Hospital Dalam Keadaan Pisau Tertanam Pada Bahu Selepas Ditikam Pelajar

June 18th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seorang guru kaunseling terpaksa dibawa ke Hospital Banting dengan keadaan sebilah pisau masih lagi tertanam pada bahunya apabila dia ditikam pelajarnya sendiri. Menerusi Awani, seorang pelajar tingkatan tingkatan lima disebuah sekolah di Banting, Selangor bertindak menikam guru kaunseling tersebut bermotifkan dendam dan mengalami tekanan perasaan.

Mangsa ditikam beberapa kali

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat kejadian yang berlaku pada hari Ahad jam 8.25 malam di bilik pembantu warden sekolah berkenaan.

Suspek telah masuk ke dalam bilik tersebut dan menunggu mangsa, 33, untuk masuk. Apabila mangsa masuk dan sedang membuka kasut, suspek bertindak menikam mangsa dan berlaku pergelutan.

Mangsa ditikam beberapa kali di bahu sebelum suspek melarikan diri. Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Banting dengan sebilah pisau masih tertanam pada bahunya.

Motif dendam dan stress

Selanjutnya, dia turut berkata bahawa suspek yang sepatutnya mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini telah diberkas pihak polis sejurus selepas kejadian itu berlaku.

Motif kejadian adalah dendam terhadap mangsa dan stres,

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber: Awani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×