berita

Guru Durjana Perdaya Pelajar Sebelum Rogol, Ugut Sebar Video Seks Jika Buka Mulut

January 21st, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seorang insan yang bergelar guru bertanggungjawab untuk mendidik serta menjaga anak murid mereka dengan penuh amanah. Namun apa yang menyedihkan, ada segelintir dalam kalangan mereka ini menggunakan gelaran ‘guru’ tersebut untuk mengambil kesempatan ke atas pelajar mereka.

Terbaru menerusi laporan Harian Metro, seorang guru tergamak memperdaya sebelum merogol seorang pelajarnya yang berusia 17 tahun.

Konon nak bawa ke perjumpaan bola tampar

Menurut laporan portal itu, guru berusia 42 tahun tersebut pada awalnya memperdaya pelajar berkenaan dengan menyatakan bahawa ingin membawa mangsa ke satu perjumpaan pemain bola tampar.

Bagaimanapun, ia hanyalah taktik yang digunakan oleh lelaki terbabit apabila dia sebaliknya membawa mangsa ke sebuah chalet di Pengkalan Balak, Melaka dan bertindak mencabul pelajarnya di situ.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, guru berkenaan yang merupakan jurulatih pasukan bola tampar di sebuah sekolah menengah di Telok Mas dipercayai memperdaya mangsa dengan mengajaknya ke Alor Gajah bagi tujuan itu pada 27 Mac tahun lalu.

Keesokannya, suspek membawa mangsa ke hotel di Port Dickson sebelum dipercayai merogol pelajar tingkatan lima itu.

Ugut untuk tidak dedahkan

Katanya, pada 9 pagi 29 Mac tahun yang sama, suspek kemudian menghantar mangsa ke Dewan Bola Tampar Paroi, Seremban bagi menyertai pertandingan bola tampar seperti yang ‘dijanjikan’.

Bagaimanapun malang sekali lagi buat pelajar itu apabila sebaik sahaja pertandingan tersebut selesai, suspek mengambil mangsa sebelum membawa pulang ke hotel yang sama dan bertindak merogolnya untuk kali kedua.

Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengugut mangsa untuk tidak mendedahkan perkara itu kepada sesiapa bagi mengelak dari tersebarnya video lucah pelajar berkenaan.

Suspek ditahan

Ekoran daripada kejadian hitam itu, mangsa yang kini bekerja sebagai juru jual di sebuah pasar raya dan sering diugut sedemikian bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Masjid Tanah, pada 15 Januari lalu.

Susulan itu, sepasukan pegawai serta anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah telah menahan suspek di Batu Berendam, Melaka pada 12.45 tengah hari semalam.

Ujian air kencing yang dilakukan terhadap suspek bagaimanapun mendapati suspek negatif dadah.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×