berita

Guru ‘Gelandangan’ Dapat Hadiah Lebih RM 100 Ribu Daripada Anak Murid Sempena Hari Jadi

March 16th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Salah satu tanda penghargaan daripada anak murid yang boleh diberikan kepada guru ialah dengan mengingati dan boleh memberikan ‘sesuatu’ yang berharga kepada mereka.

Begitulah yang terjadi terhadap seorang bekas guru ganti di California dimana dia menerima satu hadiah istimewa iaitu cek benilai AS$27,000 bersamaan RM111 ribu.

Tinggal dalam kereta

Menerusi laporan Fox29, Jose Villarruel yang lebih gemar dikenali sebagai Mr. V hanya tinggal di dalam kereta sejak Mei tahun lalu. Dia juga telah berkhidmat sebagai guru ganti sejak puluhan tahun lalu. Namun, Jose telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya sebagai guru kerana semua sekolah di kawasan tersebut telah melaksanakan pembelajaran secara online.

Menurut Steven Nava, dia merupakan bekas anak murid Jose. Mereka mula terserempak dan bertemu sejak minggu lalu. Dia sering melihat gurunya itu hampir setiap hari dan bercadang ingin mengetahui tentang perkembangan gurunya itu. Tambahnya, dia teringat yang gurunya itu sering membantunya ketika zaman belajar.

Cuba bantu guru

Demi membalas jasa seorang guru, Steven telah memberi hadiah berjumlah AS$300 bersamaan RM1,235 kepada gurunya dan bercadang untuk mencari dana lain melalui GoFundMe untuk membantu gurunya meneruskan hidup. Di samping itu, dia turut berkongsi mengenai kehidupan Jose di media sosial. Selain hasil kutipan dana yang diraih, Jose turut mendapat cek beserta dengan hadiah lain sempena hari jadinya.

Ujar Josem dia berasa seolah berada di dalam mimpi namun, tetap gembira atas pemberian daripada anak muridnya itu.

Sumber: Fox29

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×