
Seorang guru meluahkan rasa kesal terhadap ibu kepada pelajar yang didakwa mengganggunya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Terharu Guru Pimpin Tangan Anak Sertai Sukan Sekolah Buat Pertama Kali – ‘Terima Kasih Bantu Jaga Cahaya Mata Istimewa Ini’
Artikel Berkaitan: Tiga Hari Berlapar, Pelajar Tinggalkan Nota Terpaksa Pinjam Duit Tabung Masjid – ‘Saya Ambil RM7.65’
Ganggu guru

Menerusi perkongsian di Threads, guru tersebut kurang senang menerima mesej dan panggilan daripada ibu pelajar berkenaan terutama apabila wanita itu meminta untuk bercakap dengan anaknya.
Guru itu juga menyifatkan ibu pelajar tersebut sebagai seorang yang kurang beradab kerana bertindak sedemikian ketika dia sedang sibuk mengajar di kelas.
Boleh tak nak sekat ibu bapa? Sebagai guru kelas, hari itu mak pelajar ni tiba-tiba chat suruh bagi telefon dekat anak dia sebab nak bercakap.
Saya tanyalah balik untuk tujuan apa? Nanti saya akan sampaikan.
Kurang ajar, tiba-tiba arah orang bagi telefon dekat anak dia macam itu. Ingat telefon saya ni harta PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) ke?
Pada awalnya guru berkenaan menyangka terdapat kecemasan yang sedang dialami ibu pelajar tersebut, namun wanita itu hanya mahu memaklumkan kepada anaknya supaya pulang ke rumah bersama ibu saudara.
Ingatkan kes kecemasan, rupanya suruh anak dia balik dengan mak saudara dia.
Dia asyik cakap nak bercakap dengan anak dia, padahal saya tengah kelas. Lepas itu dia telefon, saya jawab dia diam je.
Dia mesej, tanya dah maklumkan ke tidak dekat anak dia tu? Saya rasa kurang ajar tau, nak block tapi takut salah pula.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-rata tidak bersetuju dengan sikap wanita terbabit kerana berpendapat saluran komunikasi tersebut seharusnya digunakan hanya untuk tujuan penting.
Sumber: Threads







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)