berita

Guru Tampar Anak 10 Kali, Azhar Sulaiman Melenting Di Laman Sosial

June 24th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-23 at 11.51.52 PM

Ibu bapa mana yang tak ‘naik hantu’ kalau anak yang ditatang bagai minyak yang penuh dikatakan telah ditampar oleh guru sekolahnya sebanyak 10 kali.

Itulah yang dialami oleh pelakon senior yang kini agak senyap dalam industri, Azhar Sulaiman yang baru-baru ini memuatnaik status yang mendakwa bahawa anak lelakinya, Andika Rees telah ditampar guru di sekolah.

Tidak dapat membendung kemarahannya, Azhar juga mengatakan bahawa dia mahu bertemu dengan guru terbabit malah akan mencari sampai ke rumah jika guru tersebut bercuti.

Screen Shot 2014-06-23 at 11.35.09 PM

Status berang Azhar Sulaiman

Namun, status tersebut telah pun dipadam oleh Azhar apabila ianya menerima pelbagai respon daripada para peminat. Pada pendapat kami, walau apapun jenis kesalahan yang dilakukan oleh anaknya, tidak seharusnya guru tersebut menggunakan kekerasan yang sedemikian. Lebih-lebih lagi katanya ditampar sampai 10 kali.

Tidak salah mendidik, namun haruslah berpada-pada. Lebih elok jika perkara tersebut dirujuk kepada ibu bapanya terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan. Setuju tak?

SKIP THIS AD ×