berita

Habis Je Liga Perdana Inggeris, Paul Pogba Tunai Umrah Bersama Rakan Pemain Bola

May 16th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semua sedia maklum bahawa bintang bola sepak kelahiran Perancis, Paul Pogba beragama Islam dan sering kelihatan membaca doa sebelum bermula perlawanan. Demam Liga Perdana Inggeris telah berakhir dan Manchester United telah menduduki nombor 6 liga. Dia juga sering dikaitkan dengan kontroversi perpindahan kelab pada musim akan datang kerana dikatakan tidak ada hati lagi bersama Manchester United.

Terbaru dia telah memuat naik foto di Instagram menunjukkan dia sedang menunaikan umrah di tanah suci Mekah bersama rakan-rakannya. Rata-rata peminatnya memuji sikapnya yang tidak lupa akan agamanya walaupun sering terpalit dalam kontroversi dunia bola sepak.

Jangan pernah lupakan Allah

https://www.instagram.com/p/BxgDAIgFJ5W/

Berserta caption yang menyatakan tidak pernah melupakan perkara yang penting dalam hidup bersama emoji Kaabah dan hati menunjukkan bertapa cintanya dia terhadap agama Islam.

Alhamdulillah

Reaksi netizen

Sumber: Pogba

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×