berita

Habiskan Data Internet, Mak Didakwa Simbah Anak Dengan Air Panas

September 27th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menyimbah air panas terhadap anak kandungnya sehingga mengalami kecederaan parah, pada 27 Jun tahun lalu.

Simbah anak dengan air panas

Foto: Sinar Harian

Tertuduh yang berusia 37 tahun didakwa bertindak di luar kawalan kerana berang anak lelakinya, 13, menghabiskan data internet.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A kanun sama yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar memohon agar jaminan tidak diberikan kerana tertuduh tinggal bersama mangsa selain tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 26 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Difahamkan, tertuduh yang juga merupakan suri rumah itu didakwa sering memukul anaknya namun perbuatan tersebut terbongkar setelah rakan mangsa menyedari terdapat kotoran seperti kesan luka pada baju sekolah dipakai mangsa.

Remaja itu kemudian memaklumkan kepada ibunya, sebelum individu terbabit membuat laporan polis.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×