berita

‘Had Umur Jualan Minuman Beralkohol Dinaikkan’ – Menteri Kesihatan

October 17th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Bermula hari ini, had umur penjualan alkohol dari 18 tahun telah dinaikkan kepada 21 tahun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pindaan  peraturan tersebut terdiri daripada pindaan ke atas peraturan 361 mengenai standard am bagi minuman beralkohol yang sedia ada dan mewujudkan peraturan baru 386A mengenai Sebatian Minuman Keras.

Larangan jualan minuman arak bawah 21 tahun

Menerusi laporan Sinar, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penjual wajib mempamerkan tanda larangan jualan minuman arak kepada umur bawah 21 tahun.

Melarang penjualan minuman beralkohol kepada mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun berbanding dengan 18 tahun sebelum ini.

Semua penjual minuman beralkohol diwajibkan untuk mempamerkan tanda larangan jualan minuman beralkohol kepada mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun di kaunter jualan minuman beralkohol.

Tanda arak membahayakan kesihatan

Tambah beliau lagi, setiap penjual minuman tersebut dikehendaki mempamerkan juga notis “Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan. Beliau juga berkata, peraturan itu juga mewajibkan supaya minuman beralkohol untuk jualan dipamerkan di kabinet atau rak yang berasingan daripada kabinet atau rak makanan lain.

Penjual minuman beralkohol diwajibkan untuk mempamerkan notis “Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan” di hadapan lokasi di mana minuman beralkohol dijual.

Beliau juga berkata, peraturan itu juga mewajibkan supaya minuman beralkohol untuk jualan dipamerkan di kabinet atau rak yang berasingan daripada kabinet atau rak makanan lain.

Sumber: Sinar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×