berita

Hadiah Hari Guru RM5000? Calonkan Cikgu Korang Dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s!

March 18th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Waktu sekolah, macam-macam pengalaman pahit manis yang kita akan ingat sampai dah masuk alam kerja. Terutamanya pengalaman kena denda dengan cikgu lah kan? Tapi cikgu yang selalu marah dan denda kita tu la yang paling kita ingat. Betul tak?

Sebelum nak kena denda pun kawan kelas dah ejek macam ni…

Habislah kau! haha

Bagi sesetengah student pulak, cikgu yang selalu beri sokongan, bagi semangat dan pendek kata jadi sumber inspirasi itulah yang akan dikenang sampai bila-bila. Siap ada student yang boleh buat novel cerita pasal cikgu dia je! Wow luar biasa betul.

Berita baik sempena Hari Guru 2019!

Sempena Hari Guru kali ni, OHBULAN! ada berita baik untuk korang daripada McDonald’s Malaysia! Kalau korang nak tahu, McDonald’s dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini sedang menganjurkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 bermula daripada 1 Mac 2019 hingga 31 Mac 2019.

https://www.facebook.com/My.McDonalds/videos/2062415337174563?sfns=mo

Anugerah apa tu? Macam mana nak join??

Opss… sabar sabar. Kami tahu korang dah excited sangat kan.

Anugerah ini adalah anugerah khas bagi memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk tunjukkan tanda terima kasih dan penghargaan kepada guru-guru yang dah berjaya beri impak positif dalam kehidupan pelajarnya.

Urmm, selalu Hari Guru asyik bagi hadiah mug, pen, tali leher, bunga plastik je kan. Apa kata tahun ni bagi hadiah duit pulak.

Hadiah Wang Tunai RM5000 tau!

Tak percaya? Ini antara pemenang tahun lalu…

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s ni dah diperkenalkan sejak tahun 2017 lagi. Setiap tahun penyertaan sangat menggalakkan. Team OHBULAN! siap menangis lagi bila baca kisah cikgu-cikgu ni. Korang boleh baca banyak lagi kisah inspirasi pemenang tahun 2017 & 2018. Amazing weh!

Ehhh… fikir apa lagi tu? Korang tak nak ke tengok cikgu favourite korang terpilih sebagai pemenang macam cikgu-cikgu yang menang tahun lepas ni?

Jom buktikan cikgu korang pun hebat!

Kalau korang rasa cikgu korang ‘Insan Luar Biasa’ yang banyak bawa impak positif kepada kehidupan korang macam yang McDonald’s cari, korang cuma perlu calonkan cikgu kesayangan korang tu berserta kisah inspirasi beliau DI SINI. Senang je kan.

Haaa… kalau korang nak tahu, setiap penyertaan (pencalon) yang terpilih akan dapat Baucar Hadiah McDonald’s bernilai RM200 tau. Untunglah korang! Jangan lupa belanja kitorang nanti.

Paling best, kalau kisah inspirasi yang korang tulis pasal cikgu korang tu terpilih sebagai pemenang. Cikgu korang akan dapat Wang Tunai sebanyak RM5000. Silap-silap menangis kegembiraan la cikgu awak kalau dia menang ni. Hehe.

Cikgu Saya Insan Luar Biasa. Kongsi dengan McDonald’s kisah guru yang telah meninggalkan kesan positif pada anak muridnya macam mana”

Maklumat lanjut boleh rujuk di Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019Terima Kasih McDonald’s Malaysia!

SKIP THIS AD ×