berita

Hadiah Khas Daripada Anak-Anak Untuk Aaron Aziz Sempena Ulangtahun Kelahiran Ke-43..Sweet Sangat!

February 23rd, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Tanggal 23 Februari merupakan hari yang paling bermakna buat pelakon kacak, Aaron Aziz kerana dia menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-43.

Menariknya sambutan ulangtahun kelahiran Aaron pada tahun ini, dia telah menerima sebuah televisyen daripada anak-anaknya.

Watch your Netflix upstairs

https://www.instagram.com/p/BuLLrwChqxp/

Menerusi Instagram Aaron, dia memuat naik beberapa keping gambar mengenai kejutan yang telah dibuat oleh anak-anaknya. Ternyata dia tidak sangka anak-anaknya akan membeli televisyen sebagai hadiah tahun ini.

Katanya, anak-anaknya menyuruh dia menonton Netflix di ruang atas supaya tidak menganggu mereka yang berada di bawah ketika menonton televisyen.

Early surprise

https://www.instagram.com/p/BuGvHPQBudI/

Sebelum menerima kejutan hadiah sebuah televisyen, dia sudah menerima hadiah daripada anaknya, Dahlia. Hadiah tersebut merupakan hasil tangan puterinya itu sendiri. Memang dia tidak menjangkakan akan wujudnya hadiah lain yang bakal menyusul selepas pemberian tersebut. Ternyata mereka membuat kejutan yang hebat.

Ucapan netizen

Rata-rata netizen memberikan ucapan selamat ulangtahun kelahiran buat Aaron dan juga memuji anak-anaknya yang mempunyai sifat kasih sayang terhadap orang tua. Penghargaan yang diterimanya itu lebih dari wang dan tidak dapat diganti oleh kasih sayang yang anak-anaknya miliki.

Usik netizen

Selain ucapan, ada juga netizen yang turut mengusik Aaron dengan mengatakan bahawa pelakon itu boleh menonton filem romantik bersama isterinya selepas menerima televisyen baru di ruangan atas. Boleh tahan juga macam-macam pemikiran netizen ni.

Sumber: Aaron Aziz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×