berita

Hadiah Menarik RM30,000 Untuk Dimenangi, Sertai Peraduan Leret & Menang Dari Gamuda Cove!

October 14th, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Sempena kempen Are You Smart oleh Gamuda Cove, kali ni kami nak ajak korang main satu permainan baru, iaitu Smart SWIPER. Permainan ni menguji pengetahuan korang tentang kelestarian tau. Serius kuiz yang menarik!

Jom cuba permainan baru oleh Gamuda Cove, Smart SWIPER!

Permainan ni bermula 4 hingga 24 Oktober 2022. Antara hadiah menarik yang ditawarkan seperti E Scooter, Google Home, Google Mini Nest, Mi Speaker, Cove Activities Tickets dan Baucar Grab RM10. Fuh, tak tahan tengok hadiah-hadiah macam ni!

Bagaimana cara permainan Smart SWIPER ni? Cuba korang tengok kat bawah. Senang je!

[LANGKAH 1]: Korang baru pertama kali main? Isi butiran korang (nama penuh, e-mel dan nombor telefon bimbit). Maklumat ini diperlukan untuk menghubungi anda jika anda memenangi sebarang hadiah. Ingat, korang ada dua percubaan untuk setiap permainan bagi setiap alamat e-mel. Jangan sia-siakan!

[LANGKAH 2]: Selepas isi butiran korang, klik ‘Start’. Korang kena jawab sepuluh soalan secepat mungkin dalam masa 20 saat. Lebih cepat respons, lebih tinggi peluang untuk dapat rank teratas.

[LANGKAH 3]: Swipe ke kanan jika anda berpendapat usaha itu lestari dan swipe ke kiri jika tidak.

[LANGKAH 4]: Dapatkan seberapa banyak jawapan yang betul dan bersaing dengan menyemak papan skor.

Haa.. Seronok kan? Jangan lupa cuba permainan Smart SWIPER bersama keluarga dan kawan-kawan korang okay? Klik sini untuk info lebih lanjut tentang permainan!

Kami nak bagi tips berguna untuk korang. Sebenarnya jawapan untuk soalan dalam permainan Smart SWIPER boleh didapati daripada video kat bawah. Jangan lupa tonton dan main permainan tu ya!

Korang boleh terus ke laman web di https://areyousmart.gamudacove.com.my/ untuk ketahui lebih lanjut!

Gamuda Cove diiktiraf sebagai Bandar Rendah Karbon 5 Berlian, yang pertama di Malaysia

Dibayangkan untuk menjadi “Nature Sanctuary, Smart and Sustainable City”, Pelan Induk Gamuda Cove seluas 1,530-ekar yang besar ini direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan perumahan yang pelbagai dan mendorong perkembangan ekonomi serantau di Lembah Klang Selatan.

Lebih-lebih lagi, Gamuda Cove merupakan perbandaran pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan teknologi 5G oleh Maxis dan terletak bersebelahan dengan Paya Indah Discovery Wetlands dan Hutan Simpan Kuala Langat.

Dari ‘online‘ ke ‘onground‘, bersempena kempen ini, Gamuda Cove menganjurkan event menarik, Sustainable Low Carbon City

Tahu tak? Pada 29 dan 30 Oktober 2022, Gamuda Cove akan menganjurkan event menarik, iaitu Sustainable Low Carbon City. Rugi kalau korang tak join sebab banyak aktiviti menarik yang korang boleh buat di Gamuda Cove sempena event tu!

Beberapa jenama rakan kongsi mereka akan mempamerkan produk seperti panel solar, pengawasan dron, rumah pintar dan banyak lagi. Ini la antara inisiatif dan aktiviti yang pintar dan lestari dibuat oleh Gamuda Cove.

Selain tu, korang boleh join pertandingan berbasikal di mana korang berpeluang memenangi Iphone 14 sewaktu event berlangsung. Peh, best gila!

Korang boleh terus ke laman web di https://gamudacove.com.my/events/sustainable-low-carbon-city-event-2022 untuk mendaftar.

Rumah dibina dengan penggunaan tenaga yang rendah

Siapa yang tak nak tinggal di rumah dengan penggunaan tenaga rendah? Semua orang nak wei. Paling best, rumah di Gamuda Cove direka dengan tingkap yang besar supaya cahaya matahari semulajadi dapat masuk ke dalam rumah.

Jadi, tak perlu la korang hidupkan lampu pada waktu siang. Dengan pengudaraan semula jadi, korang pasti jarang gunakan penghawa dingin jugak.

Seluruh kawasan perumahan menggunakan panel solar

Kalau korang perasan, atap bangunan di Gamuda Cove mempunyai panel solar fotovoltaik untuk menuai tenaga hijau. Lampu jalan di Gamuda Cove pula menggunakan tenaga daripada panel solar ini. Serius amazing!

Sistem pengurusan sisa dijalankan dengan cara intensif karbon rendah

Gamuda Cove berhasrat untuk mengurangkan sisa yang dihasilkan oleh penduduk, jadi mereka mengamalkan pendekatan 6R (reduce, reuse, repair, recycle, rot, dan repurpose) di seluruh perbandaran mereka.

Selain tu, baja organik yang diperbuat daripada makanan kompos dan sisa tumbuhan juga digunakan mengekalkan kehijauan.

Menarik bukan? So, tak hairan la kalau Gamuda Cove menjadi “Suaka Semulajadi, Kota Pintar” di Malaysia.

Berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang Gamuda Cove? Korang boleh klik SINI.

SKIP THIS AD ×