berita

‘Hadiah Untuk Arwah Ibu Bapa’ – Pelajar PT3 Raih Keputusan Cemerlang

December 20th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Saat pelajar lain teruja mengambil keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), seorang pelajar yatim piatu kongsi kegembiraannya di kubur ibu bapanya. Luluh hati kami dengan niat adik ini yang ingin hadiahkan keputusan cemerlang itu buat arwah ibu bapanya.

Tetap semangat duduki PMR

(sekadar gambar hiasan)

Menerusi Harian Metro, Mohamad Faris Faisal Che Azmi turut menghadiah bacaan surah Yasin diatas didikan mereka selama ini sehingga berjaya mendapat keputusan 8A 1B di kubur ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembaga, Gua Musang.

Walaupun dua bulan tidak dapat hadir ke sekolah kerana patah kaki kiri selepas saya bersama dua adik terbabit kemalangan bersama kedua-dua ibu bapa, namun saya bersemangat menduduki PT3 di Sekolah Menengah Sains Gua Musang.

Menurutnya, dia berasa sedih kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan bersama ibu bapa kerana mereka pergi meninggalkannya terlebih dahulu selepas terbabit dalam kemalangan Ogos lalu.

Hadiah untuk arwah ibu bapa

Dia mengambil masa satu jam berada di pusara ibu bapanya dengan ditemani ibu saudara.

Saya bersyukur kerana memperoleh keputusan cemerlang dalam PT3 dan ini adalah hadiah kepada kedua-dua arwah ibu bapa.

Ibu bapa adik Faris merupakan antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan kejadian di Kilometer 15 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis. Kejadian itu menyebabkan dia bersama empat beradiknya yang lain menjadi yatim piatu.

Ketika itu saya masih menggunakan kerusi roda kerana kecederaan belum pulih sepenuhnya lagi dan mendapat ihsan guru mengambil setiap hari.

Selain itu, dia turut melahirkan rasa terima kasih kepada guru sekolahnya yang mengambil dan menghantarnya pulang ketika menduduki PT3.

Sumber : Harian Metro