Penyanyi dan komposer, Hael Husaini berkongsi perkembangan mengenai lagu duet bersama Aina Abdul.
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Nafi ‘Bersara’ Bertanding AJL, Hanya Akan Hantar Karya Berkualiti – ‘Masih Terlalu Awal Untuk Berhenti’
Artikel Berkaitan: Hael Husaini ‘Berhenti’ Bertanding Di AJL Sebagai Penyanyi, Mahu Fokus Hasilkan Lagu Untuk Artis Luar & Tempatan
‘Cari masa sesuai’
Hael atau nama sebenar Hal Husaini Razmi, 37, tidak menyangka versi demo yang tular dalam media sosial mendapat sambutan baik peminat.
Bagaimanapun katanya, mereka masing-masing sedang mencari masa sesuai untuk menyiapkan lagu berkenaan.
Bahagian lagu yang telah tular itu merupakan sesi demo saya bersama Aina. Tak sangka versi demo yang pendek itu tular dan mendapat sambutan.
Jadi, sekarang saya dan Aina sedang mencari masa yang sesuai untuk menyiapkan lagu tersebut.
Hael berkata demikian ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen koleksi jenama Amber bertemakan ‘Raya Romantics’ di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mementingkan penghasilan karya yang berkualiti, Hael tidak menolak kemungkinan lagu tersebut bakal dilancarkan pada tahun ini.
Saya dan Aina amat mementingkan kualiti sesebuah lagu, jadi mungkin mengambil sedikit masa. Insya-Allah, akan siap dalam tahun ini.
Terdahulu, peminat di laman X meminta perkembangan mengenai lagu duet Hael dan Aina selepas ‘teaser’ lagu itu menjadi tular dalam media sosial.
Meskipun hanya sedikit ‘teaser’ yang tular, namun peminat sudah jatuh cinta dan merasakan karya itu bakal mendapat sambutan.