berita

Hael Husaini Nafi Dakwaan Buat Pembedahan Plastik – ‘Reaksi Saya Hanya Mampu Tersenyum Saja’

March 24th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas tampil dengan imej lebih segak dan menarik, timbul pula desas-desus yang mendakwa penyanyi Hael Husaini melakukan rawatan pembedahan plastik.

Hanya mampu tersenyum

Menjawab kepada OhBulan!, Hael akui pernah mendengar namun tidak tahu punca sehinggakan mencetus gosip.

Hael, 34, menepis dakwaan tidak berasas itu dan menyatakan dia lebih menjaga penampilan diri berbanding di awal pembabitan dalam industri.

Saya tak tahu nak cakap macam mana. Reaksi saya hanya mampu tersenyum saja. Apa yang boleh saya katakan, makin kita meningkat usia semakin kita pandai jaga diri.

Waktu muda dulu mungkin saya tidak memikirkan soal penampilan sangat, tapi bila dah makin tua dengan sendirinya kita semakin ambil tahu dan lebih disiplin.

Hael berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Cahaya Festira Festival Ramadan Selangor 2022 yang diadakan di SACC Mall, pada Rabu.

Festival anjuran PKNS Real Estate (PREC) itu merupakan acara tahunan yang direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu usahawan kecil sederhana dan pengusaha tempatan.

Festival terbesar ramadan itu juga mensasarkan 3.5 juta pembeli sebelum era pandemik.

Ada team yang bantu

Dalam pada itu, pelantun lagu Kelentang Kelentong mendedahkan dia pernah melalui fasa di mana menguruskan sendiri imej diri tanpa bantuan oleh pengurusan belakang tabir.

Justeru, pemilik nama Hael Husaini Razmi bersyukur dan rasa sangat bertuah apabila kini mempunyai tenaga kerja yang menitikberatkan soal penampilan selain aspek kerjaya nyanyian.

Saya akui dulu tak ada pasukan di belakang. Semua buat sendiri. Sekarang kerja-kerja saya diuruskan oleh pasukan yang profesional.

Kalau dulu, umpamanya saya sikat rambut dan pakai gel rambut sendiri saja, sekarang dah ada pasukan yang siapkan. Ya, memang boleh dikatakan adalah perubahan itu dari semasa ke semasa untuk saya tampil menarik di depan kamera.

Sumber: Instagram @haelhusaini

SKIP THIS AD ×