berita

Hafiz AF7 Sedia Berhadapan Isu Disaman

August 1st, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Jika ada yang masih ingat, hampir setahun yang lalu timbul kontroversi yang melanda Hafiz AF7 apabila dia dikatakan telah bergaduh dengan seorang pengurus pentas kerana Adira AF8.

Semalam, pengurus pentas tersebut telah pun menyerahkan surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap Hafiz AF7 disebabkan kejadian yang berlaku. Namun Hafiz dalam laporan Murai hari ini memberitahu bahawa dia memang tidak tahu langsung mengenai dia disaman.

“Terus-terang saya sendiri tidak tahu menahu mengenai hal ini kerana tiada apa-apa notis pun yang sampai kepada saya. Namun, kalau boleh, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal ini lagi kerana menganggap ianya sudah lama selesai.”

Hafiz turut memberitahu bahawa dia agak terkejut dengan perkara yang berlaku namun dia sudah bersedia menyerahkan kes ini kepada peguamnya.

“Saya sendiri terkejut apabila ditanya mengenai hal ini, namun jika benar dia mahu mengambil tindakan tersebut, saya sendiri sudah bersedia untuk berhadapan dengannya bersama peguam peribadi saya,” ujar Hafiz dipetik dari Murai.

Menurut Murai lagi, surat tuntutan itu sebenarnya telah  diserahkan pada Hafiz pada 25 Jun lalu tetapi Hafiz tidak mahu mengaku salah dan enggan membayar ganti rugi. Apa pun, kita nantikan keputusan selanjutnya ya.