
Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad tampil menyuarakan pendapatnya berhubung isu mengahwini wanita yang tidak pandai memasak.
Artikel Berkaitan: ‘Bagi Pinjam Berpuluh Ribu Walaupun Itu Kehendak, Tapi Perbuatannya Seolah-Olah Nak Kita Jatuh’ – Hafiz Mahamad
Artikel Berkaitan: Syafiqah Aina Pertahankan Hafiz Mahamad Isu Surat Penghargaan Staf – ‘Dia Memang Pilih Buat Secara Santai & Lebih Personal’
Perempuan tak pandai masak
Menerusi perkongsian di Threads, Hafiz berpesan kepada golongan lelaki supaya tidak terlalu risau sekiranya bakal isteri tidak pandai memasak.
Menurut Hafiz, soal memasak bukanlah sesuatu yang perlu dipersoalkan kerana kemahiran itu sentiasa boleh dipelajari dan diasah secara perlahan dari semasa ke semasa.
Kepada yang risau nak kahwin dengan perempuan tak tahu masak.
Jangan risau terlebih.
Saya mengahwini perempuan yang dari masak nasi goreng warna oren menyala satu pinggan dan lauk fish ball.
Bila dah pandai sikit, dia masak chicken butter dan itulah berminggu minggu masuk dalam perut.
Mengulas lanjut, Hafiz berkongsi bahawa isterinya, Syafiqah Aina juga pernah tidak pandai memasak namun kini berjaya mempelajari kemahiran tersebut sehingga mampu menyediakan apa sahaja juadah yang diinginkannya.
Tapi sekarang, order saja nak makan apa. Makanan akan sampai kalah hotel punya presentation dan semua sedap.
Saya testimoni mengahwini wanita tak pandai masak tapi sekarang dia macam chef.
Sumber: Threads @hafizmahamad