berita

Hafizh Syahrin Setanding Valentino Rossi, Kutip 2 Mata Di Qatar

March 19th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Semalam, rakyat Malaysia setia menanti perlumbaan MotoGP dalam saingan Grand Prix di Litar Antarabangsa Lorail Doha, Qatar. Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah meraih dua mata di tangga ke-14 setelah berjaya menempatkan diri di grid ke-15 untuk perlumbaan pertama dalam kelas perdana.

Menurut sumber BH Online, perlumbaan ini telah dimenangi oleh Andrea Dovizioso dari Itali. Manakala Marc Marquez di tempat kedua dan Valentino Rossi berjaya di tempat ketiga.

Bersyukur raih mata

Hafizh berjaya mencatat 1 minit 55.258 saat pada sesi kelayakan. Malah, dia bersyukur kerana berjaya dan layak menempatkan diri di perlumbaan antarabangsa ini. Dia turut mengakui, persaingan yang diberikan pelumba lain juga hebat.

Alhamdulillah syukur pada perlumbaan ini saya dapat meraih mata, tidak sangka saya dapat kekal dalam kelompok mata.

Akan belajar dari kelemahan

Saya akan belajar lagi dan kaji balik apa kelemahan saya. Terima kasih kepada peminat yang doakan saya.

Dia mengakui terdapat kelemahan dari persembahannya dan akan belajar dari kelemahan diri untuk perlumbaan seterusnya. Malah, dia turut berterima kasih buat semua rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaannya semalam.

Keputusan perlumbaan

Ini merupakan senarai keputusan perlawanan 5 terbaik, manakala pelumba negara di tempat ke-14 dengan 20.299 saat beza dari juara Itali.

Credit: BH Online

SKIP THIS AD ×