berita

Hafizul Tukar Nombor Plat Kereta, Guna Identiti Individu Lain ‘Check In’ Hotel

April 16th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Suspek lelaki yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pagi semalam menginap di sebuah hotel dengan menggunakan identiti individu lain.

Artikel Berkaitan: Isteri Suspek Tembakan KLIA 1 Masih Trauma, Pengawal Peribadi Perlu Ditidurkan – ‘Doakan Kesembuhan Along’

Kehadiran tidak dapat dikesan

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, helah berkenaan menyebabkan kehadiran suspek tidak dapat dikesan di hotel terbabit.

Tambah Shuhaily, antara barangan yang dirampas termasuk empat kad pengenalan individu lain dan salah satunya digunakan untuk pendaftaran bagi menginap di hotel.

Hasil siasatan juga mendapati suspek tiba di Kelantan petang kelmarin selepas Zohor. Selepas kejadian, suspek tidak berjumpa dengan sesiapa dan terus menuju ke Kelantan sebelum menginap di sebuah hotel.

Sebab itu kita percaya suspek bergerak sendirian tanpa dibantu oleh individu lain. Kereta yang digunakan suspek juga masih sama iaitu Honda Civic, namun suspek menukar nombor plat bagi mengelak pergerakannya dikesan.

Berbicara lebih lanjut, pistol yang digunakan suspek juga dipercayai diperoleh secara haram dari negara jiran.

Namun, bagaimana kaedah kemasukan pistol berkenaan juga masih dalam siasatan. Pistol yang digunakan suspek adalah jenis Glock 19 Austria.

Terdahulu,  polis mengesahkan Hafizul Hawari sudah ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×