Pelakon, Hafreez Adam berkongsi pengalaman manis melibatkan seorang pelakon wanita ketika awal penglibatannya dalam dunia lakonan selepas menyertai program Hero Remaja 2011/12.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Azar Azmi Kembali, Kita Sambut’ – Hafreez Adam

Artikel Berkaitan: Hafreez Adam & Zara Zya Berjumpa Buat Pertama Kali Selepas 5 Tahun Putus Tunang – ‘Tak Rasa Kekok’

Pelakon wanita dipuji

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Hafreez Adam Aizat Zahalan, 35, berkata kisah itu berlaku ketika dia menghadiri uji bakat untuk siri di sebuah televisyen.

Walaupun dia tidak mendapat watak tersebut namun pengarah tetap menawarkan watak kecil dalam siri drama itu dan memintanya untuk menunggu di bilik menunggu.

Menurut pelakon filem Gantung itu, ketika kejadian dia berada dalam keadaan tidak sihat dan memilih untuk berehat berjauhan kerana risau akan berjangkit dengan pelakon dan kru yang lain.

Tiba tiba seorang kru masuk cakap piza dah sampai. Yang lain teruja tapi saya hanya terkebil-kebil sebab orang luar kan.

Mereka cakap terima kasih dekat heroin drama itu, rupanya dia yang belanja piza untuk set penggambaran itu.

Dalam beberapa saat saya tutup mata, ada dengar suara suruh saya makan piza.

Pada awalnya, saya tolak sebab nervous tapi dia suruh juga saya ambil.

Saya bukanlah siapa-siapa (nobody) dan berada dalam keadaan tidak sihat tetapi dia memilih untuk menunjukkan kebaikan kepada saya.

Budi pekerti dipuji

Kata Hafreez, mereka tidak mempunyai babak bersama dan itulah kali terakhir mereka berjumpa.

Bagaimanapun, mereka bertemu kembali apabila menghadiri majlis anugerah dan lebih menarik apabila Hafreez menyatakan pelakon wanita itu mengingati dirinya.

Serius cakap, dia punya baik bukan buat-buat. Very thoughtful and kind.

Kami hanya berjumpa bila ada majlis, hanya beberapa kali sahaja pun.

Tetapi setiap kali jumpa dia akan cakap perkara yang baik saja. Selalu buat orang rasa selesa sebab vibe dia.

Menurut Hafreez, walaupun ada sesetengah yang menganggap perkara ini remeh namun baginya susah untuk menemui orang yang mempunyai budi pekerti seperti aktres itu.

Berbuat baik dalam diam dan bukan untuk penjurian mata awam.

Semoga yang baik baik sahaja untuk dia dan mereka mereka yang membaca ini.

Sumber: Threads