berita

Haid Ataupun Tidak, Tiada Halangan Buat 5 Wanita Ini Lakukan Perkara Luar Biasa! #SheCan

August 23rd, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Dah jadi kebiasaan bagi orang perempuan setiap bulan akan didatangi dengan “kawan baik” diorang. Suka ataupun tak, BFF korang ni tak akan pernah miss untuk jenguk korang. Siapa “kawan baik” yang dimaksudkan ni? Tak lain tak bukan, mestilah period.

Ramai yang berpendapat bahawa period ni membebankan wanita dan kadangkala membuatkan pergerakan terbatas, tapi tak semestinya wanita tak boleh lakukan apa yang mereka mahukan.

Sebagai buktinya, jom kami kongsikan kisah-kisah dan perjalanan hidup wanita-wanita hebat berjiwa kental dalam membuktikan bahawa period bukan penghalang untuk korang mencapai impian yang tercipta di hati!

Christy Ng, dari bazar kini dah miliki empayar kasut..

Kredit: www.kotex.com.my

Bermula dengan meniaga kecil-kecilan di Uptown Damansara iaitu menjual kasut yang dibeli borong di Thailand, rezekinya semakin mencurah apabila mendapat tempahan untuk menghasilkan sembilan kasut buatan tangan dengan harga RM640.72 sepasang!

Inilah yang menjadi titik permulaan Christy yang kini boleh berbangga dengan 6 cawangan kedai yang menyediakan pelbagai pilihan kasut wanita termasuklah kasut pengantin. Jenama Christy Ng kini telah menjadi pilihan artis-artis tanah air dan antarabangsa termasuklah Yuna!

Carmen Lim, perenang sebelah tangan, kini juara Paralimpik..

Kredit: Harian Metro

Dilahirkan dengan hanya sebelah lengan, perenang paralimpik nasional bernama Carmen Lim ini mula berenang pada usia lima tahun dan mula bertanding dalam sukan renang pada umur 14 tahun.

Kini, Carmen Lim merupakan pemenang pingat emas serta pemegang 4 rekod kebangsaan dalam renang gaya bebas dan kuak dada di Sukan Malaysia 2016 sekaligus memadam rekod lama dalam kategori tersebut. Carmen juga telah berjaya melakarkan namanya di luar negara dengan menjuarai acara renang gaya bebas dalam Swim Cup Eindhoven dan memenangi pingat gangsa di National Summer Swimming Championships di Portugal. Respek!

Dari kecil di meja bedah, kini Aveena Devi seorang chef, pelukis dan penulis..

Kredit: YouTube SAYS

Menghidapi spina bifida, keluar masuk hospital dan jadi macam rutin kehidupan buat Aveena sejak kecil, dan beliau telah menjalani pembedahan seawal beliau dilahirkan. Pada usia 17 tahun, Aveena telah menjalani pembedahan yang ke 8, dimana otaknya dibedah dan pada usia ini jugalah dia menerbitkan bukunya sendiri iaitu “What’s Your Problem?”.

Minat yang mendalam dalam bidang seni lukis juga membuatkan Aveena menyertai kelas seni dan menjual hasil lukisannya di bazar seni Publika. Wanita hebat berusia 25 tahun ini juga adalah seorang pemegang sijil diploma kulinari dan kini adalah seorang chef. Hebat!

Jihin Radzuan, jururawat vaterinar di siang hari, juara MMA tanpa kalah di sebelah malam!

Kredit: ONE CHAMPIONSHIP

Siapa sangka di sebalik senyuman gadis manis berusia 20 tahun ni, dia sebenarnya merupakan seorang atlet wanita termuda negara yang bertarung secara professional dalam pertandingan seni bela diri campuran (MMA), ONE Championship dan memegang rekod 35 kali kemenangan. Wow!

Hayatun Najihin Radzuan ataupun Jihin Radzuan terkenal dengan gelaran nama “Shadowcat” di pentas MMA kerana minatnya terhadap kucing. Mula mengenali MMA di kaca TV dan seterusnya jatuh cinta dengan sukan ini, Jihin giat berlatih dan muncul juara dalam pertandingan pertamanya iaitu MIMMA musim ke 4.

Siti Fatimah Husna, pelumba muslimah dan juara di litar perlumbaan lelaki!

Kredit: Mohamad Zaheerul Yusof

Dengan berimej muslimah, mesti korang tak sangka yang Siti Fatimah Husna ni merupakan seorang pelumba motosikal cub prix! Graduan kejuruteraan mekanikal ni memulakan kerjayanya sebagai wakil One Speed Motosport dan kini merupakan salah seorang pelumba Cub Prix Petronas Yamaha.

Yang hebatnya, Fatimah pernah menjadi peserta tunggal wanita dalam Kejohanan Supermoto Malaysia, sekaligus muncul sebagai juara kategori CKD!

Memang admin tabik spring dengan kekentalan hati perlumba motosikal wanita, Siti Fatimah Husna ni. Kalau korang nak tahu apa yang membuatkan kami kagum sangat dengan semangat luar biasa wanita ni, jom tengok filem pendek dari Kotex ni dulu..

Siti Fatimah dah berjaya buktikan yang walaupun dikritik, dikecam dan dianggap lemah oleh kebanyakan orang, dia tetap tak menyerah kalah!

Malah, walaupun telah melalui episode duka apabila kemalangan dan kehilangan anak pertamanya, Siti Fatimah terus cekalkan hati, dan terus berusaha sehingga berjaya menyertai pasukan lumba motosikal utama di Malaysia, seterusnya menjadi juara!

Semua ni membuktikan yang sebenarnya wanita ni memang kental dan boleh buat apa sahaja tanpa halangan terutamanya ketika sedang period sebab #SheCan!

Sekarang, dah terbukti, biar apa pun halangan yang ditempuhi, berbekalkan semangat dan sikap yang tak putus asa, segalanya adalah tak mustahil!

Kini, korang pun boleh capai cita-cita korang dengan biaya berjumlah RM100,000 dari #SheCan fund!

Korang ada impian dari kecil yang belum terlaksana? Korang nak capai impian macam wanita-wanita hebat ni semua tapi masalah kewangan menjadi penghalang?

Haa..berita baik untuk korang, Kotex nak bantu korang merealisasikan impian korang dengan #SheCan fund. Jom kongsikan impian korang dan #SheCan fund akan berusaha untuk menjadikannya kenyataan dengan bantuan dana sebanyak RM100,000 setahun!

Siapa tahu, mungkin korang yang terpilih untuk menerima #SheCan fund! Isikan permohonan korang di sini dan untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.kotex.com.my.

SKIP THIS AD ×