berita

Hairul Azreen Bawa Keluarga Naik Helikopter Main Sajli, Ramai ‘Volunteer’ Jadi Anak Angkat

August 10th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Percutian keluarga pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mencuri tumpuan peminat sekali lagi selepas pelakon filem Paskal itu membawa keluarganya menaiki helikopter.

Artikel berkaitan: Hairul Azreen Bawa Bapa Jumpa Tan Sri Vincent Tan, Netizen Perasan Muka Hampir Sama

Artikel berkaitan: Dengar Yusuf Nak Main Pasir, Hanis Zalikha & Suami Syukur Tan Sri Vincent Tan ‘Tunai’ Permintaan Anak – ‘Terus Yacht Sampai’

Menurut Hairul Azreen, percutian tersebut dirancang saat akhir untuk keluarga.

Kenangan terindah dan seronok

Di TikTok, Hairul memberitahu percutian tersebut merupakan percutian pertama keluarga selepas tiga tahun tidak ‘terbang’ jauh. Menerusi video yang dikongsikan, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah kelihatan sangat gembira, lebih-lebih lagi ketika menaiki helikopter. Hairul sempat merakam beberapa foto bersama keluarganya untuk dijadikan sebagai kenangan.

@hairul_azreen88The very first time we flew out after 3 long years! Time for a family holiday and it’s gonna be snow much fun!? original sound – Hairul Azreen

Menjengah di ruangan komen, segelintir netizen meneka Hairul Azreen merupakan Sultan Pemurah yang sering menghadiahkan ‘gift’ kepada ramai pengguna TikTok berdasarkan pemandangan yang hampir sama dikongsi kedua-dua individu ini. Bukan itu sahaja, netizen sempat berseloroh dan mahu menjadi anak angkat Hairul.

Abang nak anak angkat?

Meskipun tidak mendedahkan di mana lokasi percutian yang dikunjungi, rata-rata netizen mendakwa Hairul memilih Switzerland sebagai lokasi percutian.

Sumber: Hairul Azreen

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×