
Pelakon dan usahawan, Hairul Azreen bersyukur dapat mencapai impian bersama keluarga kecilnya di Equarius Ocean Suite, Sentosa Spore, Singapura.
Artikel Berkaitan: Hairul Azreen Hantar Mesej Romantis Setiap Malam Kepada Hanis Zalikha – ‘Walau Sudah 10 Tahun, Saya Rasa Macam Baru Bercinta’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hairul Azreen Berjaya Buat Aksi Lasak ‘J-Turn’ Dengan Sekali Percubaan, Netizen Komen – ‘Serba Boleh, Apa Je Dia Tak Boleh Buat?’
Bangun dari mimpi
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), isteri kepada Hairul iaitu Hanis Zalikha teruja dengan keindahan hotel yang didudukinya bersama pemandangan ‘mini aquaria’ di dalam bilik.
Menurut Hairul atau nama lengkapnya Hairul Azreen Idris, ianya adalah salah satu impian utama sejak dirinya berstatus bujang.
Ujarnya, impian itu dipasang sejak sebelum berkahwin sekitar tahun 2014.
Sebelum kahwin, saya pernah muat naik salah satu impian saya suatu hari nanti.
Hari ini bersama keluarga. Impian tercapai.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat rezeki yang dikurniakan buat keluarga aktor berusia 37 tahun itu. Selain itu, warganet turut mendoakan agar dilimpahkan rezeki untuk turut merasakan pengalaman tidur dengan pemandangan luar biasa.
Sumber: Instagram @haniszalikha








