Pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha menerusi satu posting di Instagram berkongsi satu khabar sedih memaklumkan dirinya dan keluarga disahkan positif Covid-19.
‘Time for recovery’
Menerusi foto yang dimuat naik isteri kepada pelakon terkenal iaitu Hairul Azreen, memaparkan kedua-dua anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang berada di rumah sedang menjalani ujian Covid-19 yang dilakukan oleh beberapa pegawai kesihatan.
Sementara menerusi video di Insta Stories, Hanis Zalikha memaklumkan pada awalnya hanya Hairul Azreen, Yusuf dan Alisa sahaja yang perlu menjalani kuarantin kendiri selama 7 hari namun tidak lama selepas itu, dirinya pula disahkan positif Covid-19.
Time for recovery. My strong babies. Ni awal-awal diorang kena kuarantin dengan daddy. Lepas tu mommy pun follow juga jejak, dah semua terus takyah isolate. We’re all together now recovering.
‘Kuat ya Covid ni’
Bercerita dengan lebih lanjut, Hanis memaklumkan bahawa anak-anaknya tidak menunjukkan sebarang gejala yang teruk tetapi hanya Alisa sahaja yang mengalami kenaikan suhu badan. Namun berbeza pula dengan gejala yang dialami Hanis Zalikha. Menurut ibu kepada dua anak ini, sepanjang tempoh tersebut, dia mengalami demam panas, sakit badan dan sakit kepala yang teruk.
Kids were doing so well, mild to almost no symptoms. Alisa ada slight temperature. Lepas tu turun balik suhu. Couldn’t say the same about me. Kuat ya Covid ni. Throbbing headache, bodyache & high fever.
Sementara menerusi perkongsian yang lain, Hanis meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suami tercinta kerana sepanjang tempoh ini, dia banyak membantu menguruskan hal rumah dan menjaga keperluan serta kebajikan keluarga.
Thank you suami terus took over jaga each one of us. Cleaning, laundry, feeding and entertaining. Now, we are all recovering so well. Alhamdulillah.
Sumber: Hanis Zalikha