
Anak manalah yang tak marah kalau ibunya diberi layanan yang tak elok oleh orang lain. Walau cantik atau buruk mana sekali pun, dia tetap ibu kita dan itu menjadi tanggungjawab anak untuk melindungi ibunya bila sudah dewasa.
Baru-baru ini Hairul Azreen ada memuat naik sekeping gambar screen shot mesej ibunya di Instagram. Mesej dari ibu yang rasa kecewa kerana dipulaukan oleh jurual kereta ketika berada di showroom Honda.
Dalam kapsyen gambar tersebut Hairul Azreen ada luahkan rasa terkilan dan marah terhadap jurujual kereta tersebut.
Kerja Biar Jujur Jangan Pandang Rendah Bila Orang Biasa Datang!
A photo posted by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on May 9, 2015 at 2:30am PDT
Sebenarnya kami pun rasa kesian dengan apa yang terjadi dekat ibu Hairul Azreen, rasa geram pun ada! Memang patutlah dia marah.
Luahan Peminat Yang Terkena Nasib Sama
Selamat Hari Mak utk mak saya tercinta! @habsahdesa
A photo posted by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on May 9, 2015 at 8:03pm PDT