berita

Hajat Nak Besarkan ‘Aset’ Tak Kesampaian, Jutawan Permata Maut Ketika Pembedahan

March 7th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Sudah menjadi lumrah manusia, apa sahaja yang dimiliki tidak akan pernah merasa cukup. Segalanya mahu lebih daripada yang dimiliki sama ada wang, pangkat, kecantikan, mahupun mana-mana bahagian tubuh badan.

Seorang jutawan batu permata, Ehud Arye Laniado menerima padah apabila cubaan untuk membesarkan bahagian sulitnya berakhir tragedi.

Disuntik di kemaluan

Ehud meninggal dunia ketika menjalani pembedahan itu di Paris, Perancis. Mendiang melakukan prosedur itu di sebuah klinik swasta di Avenue des Champs-Elysees, ibu kota Perancis pada Sabtu lalu. Komplikasi yang berlaku telah mengakibatkan dia maut.

Pakar permata berpengalaman itu telah mengalami serangan jantung setelah satu bahan telah disuntik pada kemaluannya, menurut laporan media Belgium.

Menurut salah seorang rakan yang tidak mahu dikenali, mendiang sangat mementingkan penampilan dan mengambil berat tentang penerimaan orang terhadapnya.

Disemadikan di Israel

Ujar rakan Ehud lagi, mendiang juga selalu rendah diri dengan ketinggiannya. Dia hanya melupakan seketika kekurangannya itu dengan meminta akauntan membacakan penyataan banknya, beberapa kali setiap hari.

Laman web mendiang membuat kenyataan mengesahkan pemergian mendiang di usia 65 tahun. Setelah menjalani hidup penuh mewah, mendiang akan dibawa ke kampung halamannya di Israel untuk disemadikan.

Jutawan keturunan Belgium-Israel itu memiliki kekayaan yang tidak diketahui umum setakat ini.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×