berita

Hajat Nak Pulang Beraya Tak Kesampaian, 5 Beranak Maut Kemalangan

August 10th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Isu keselamatan jalan raya merupakan topik yang sering diperkatakan oleh rakyat Malaysia terutamanya sewaktu musim perayaan. Kebiasaannya, pada musim perayaan inilah warga kota khususnya akan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga dan sanak-saudara.

Walau bagaimanapun, jumlah kenderaan di jalan raya pada musim perayaan adalah lebih banyak berbanding kebiasaannya. Oleh itu, kebarangkalian berlakunya kemalangan jalan raya adalah tinggi.

Hasrat bermandi-manda tidak kesampaian…

Lima beranak iaitu Alia Azahar dan Alissa Azahar bersama bapa, ibu tiri dan ibu saudaranya telah terlibat dalam satu kemalangan maut di  jalan raya di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) berhampiran Jelatang, Alor Gajah malam semalam.

Hasrat ingin bermandi-manda bersama keluarga di  Wet World Batu Pahat tidak kesampaian apabila dua beradik ini maut semasa dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Brisu, Alor Gajah.

Dia cakap sentiasa update status dekat WhatsApp yang dia teringin nak mandi kat Wet World Batu Pahat, mandi-mandi, sebab itulah saya adjust cuti untuk bawa mereka pergi Selasa ini.

Namun keinginannya untuk membawa kedua anaknya bermandi-manda terbatal apabila bekas suaminya ingin mengambil dua remaja berkenaan untuk beraya bersama.

Ibu mangsa juga turut menceritakan tentang kelakuan luar biasa yang ditunjukkan oleh kedua anaknya seperti kerap ingin mencium tangannya dan memuat naik status di aplikasi WhatsApp berhubung keinginan untuk bermandi-manda.

Dirempuh dari arah bertentangan…

Perjalanan dua beradik ini bersama bapa kandungnya, ibu tiri serta ibu saudara untuk menyambut hari raya Aidil Adha dari  Yong Peng, Johor ke Brisu, Alor Gajah terbantut apabila kereta yang dinaiki mereka dirempuh oleh kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

Menerusi Astro Awani, ibu kandung mangsa tidak menyangka bahawa perbualan bersama dua anak nya pada jam 6.30 petang itu merupakan perbualan terakhir mereka sebelum dia menerima panggilan pada jam 10.30 malam daripada pihak polis berkenaan kemalangan jiwa yang menimpa anak dan bekas suaminya.

Dengan kejadian seperti ini diharapkan kepada semua pengguna jalan raya supaya memandu dengan berkhemah dan ingatlah orang yang tersayang. Jangan jadikan jalan raya sebagai medan maut!

Sumber: Astro Awani

 

SKIP THIS AD ×