berita

‘Haji Kenapa Pakai Seluar Pendek?’ – Netizen Tegur Penampilan Fizo Omar

August 29th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Percutian pelakon Fizo Omar bersama isterinya, Fazeera Nazri Aziz serta anaknya Wan Maryam di Taman Tema Legoland Malaysia Resort mencuri tumpuan warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Momen Najib Dipenjara Bukan Untuk Diraikan’ – Fizo Omar

Pergi bercuti

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fizo berkongsi foto kegembiraan dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Beginilah kalau sudah jadi ibu bapa. Cari lokasi untuk anak-anak dan kami memilih Legoland Malaysia Resort.

Asalkan anak-anak mendapat keseronokan maksimum. Ibu bapa pun boleh buat reunion (perjumpaan semula).

Aurat lelaki kena lepas lutut

Dalam perkongsian tersebut, pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar dilihat memakai seluar terlalu pendek sehingga ke paras paha.

Bagaimanapun, penampilan itu kurang disegani oleh segelintir netizen. Ada yang mengingatkan pelakon drama Pengantin Satu Malam itu pernah menunaikan ibadah haji pada tahun 2019.

Selain itu, usahawan terkenal ini juga berkesempatan bertemu dengan pasangan selebriti Fasha Sandha dan juga suaminya, Aidil Aziz di lokasi yang sama.

Terdahulu, Fizo dan Fazeera berkahwin pada Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Khaleeda.

Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam.

Sumber: Instagram @fizoomar

SKIP THIS AD ×