
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, memberi amaran keras terhadap pelakon, Beego susulan ketidakhadiran aktor pada prosiding percerainnya dengan Linda Hashim.
Artikel Berkaitan: ‘Kekasih Beego Cari Saya Marah-Marah, Mereka Mahu Mula Kehidupan Baru’ – Linda Hashim
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Saya Pergi Kelab Malam, Tunjuk Bukti’ – Beego
Amaran untuk Beego
Peguam mewakili Linda, Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata, amaran yang dikeluarkan oleh Hakim Tuan Fareq Azmi itu disebabkan Beego sudah tiga gagal munculkan diri.
Pihak plaintif (Linda) sepatutnya menyerahkan saman pengesahan lafaz taklik kepada pihak defendan (Beego) namun prosedur tersebut gagal dilakukan susulan Beego tidak hadir ke mahkamah.
Ini kali ketiga dia tidak hadir dan sepanjang saya mengemudi kes ini, pihak peguam defendan tidak pernah lampirkan sebarang bukti sijil cuti sakit, sijil kematian atau sebarang alasan.
Hakim mendengar dengan baik isu ini berkenaan ketidakhadiran dan kita mohon juga satu peringatan yang keras yang pertama daripada pihak mahkamah kepada pihak defendan.
Kita mohon juga untuk diberikan kos atas kehadiran. Pihak hakim juga memberi satu lagi peluang dengan amaran keras kepada pihak defendan termasuk peguam agar cakna dan diwajibkan hadir pada prosiding bulan depan.
Sementara itu, peguam yang mewakili Beego, Muhammad Akmal Amzan, memaklumkan bahawa anak guamnya tidak dapat menghadirkan diri berikutan kematian ahli keluarga terdekat di Johor.
Menurutnya, Beego bukan enggan memberikan kerjasama, sebaliknya masih dalam usaha untuk memujuk dan mencari jalan perdamaian.
Namun, katanya, kebelakangan ini situasi dilihat semakin sukar dan seolah-olah tiada lagi harapan.
Buat masa ini, kita hanya mampu mendoakan yang terbaik. Mungkin dalam tempoh terdekat, selepas isu taklik atau perkara lain, barulah dapat dilihat bagaimana perkembangan seterusnya.
Perbincangan saya dengan anak guam masih belum sampai ke tahap persetujuan untuk bercerai. Dia memaklumkan hasrat untuk cuba menyelesaikan masalah secara baik antara dirinya dan Linda.
Namun, sekiranya tiada jalan penyelesaian, kemungkinan perlu diselesaikan secara baik.
Sejak Januari lalu, hubungan rumah tangga Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, menjadi tumpuan apabila aktres itu memfailkan perceraian atas alasan tiada lagi persefahaman.
Pasangan tersebut pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 serta membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan terhadap tiga anak mereka.
Bagaimanapun, Linda mendakwa mereka sekali lagi berpisah buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, sebelum kembali bersama tidak lama kemudian.
Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.