berita

Half Shaved Hairstyle Menyerlahkan Aura Ranggi Si Gadis!

September 5th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Rambut merupakan mahkota berharga bagi setiap wanita, ini kerana rambut melambangkan keseluruhan personaliti dalam melengkapkan setiap langkahan untuk memastikan imej segar dan glamor terhasil. Tidak pula bagi si gadis molek pada zaman ini, mereka lebih berani memperhiaskan rambut mereka dengan stail yang unik dan lain daripada yang lain bagi memastikan mereka mampu melangkah dengan lebih lincah dan ranggi. Berikut merupakan stail rambut Half Shaved Hairstyle yang menjadi pilihan si cantik.

Bagi golongan wanita yang berkejaya, pasti panjang mengurai ikal mayang menjadi pilihan mereka untuk bergaya, namun tidak pula bagi remaja yang beridentiti rock.

Pembaharuan imej untuk kekal ranggi tetapi manis dengan potongan rambut ala-ala tentera mampu menyerlahkan ketegasan si gadis dalam penampilan.

Barat ke timur, merupakan budaya fesyen yang menjadi ikutan remaja kini tidak kira dari segi rambut mahupun pakaian. Potongan ini menampilkan 2 ciri personaliti yang berbeza dimana bahagian rambut nipis itu melambangkan kenakalan diri si pemakai, manakala belahan panjang pula  melambangkan keayuan si pemakai tersebut.

Imej yang dihasilkan ini mampu memberi imej segar disamping menonjolkan personaliti yang lebih lincah untuk menyuntik semangat ceria dan funky. Bagi si pemakai yang sentiasa ‘Up-To-Date’ pasti mereka akan melakukan gaya rambut sebegini.

Berikut merupakan foto-foto potongan rambut Half Shaved Hairstyle yang lain :

SKIP THIS AD ×