
Meskipun cawangan di Indonesia masih belum beroperasi, usahawan tudung terkenal, Haliza Maysuri mendedahkan butik berkenaan sudah menerima ulasan rendah apabila terdapat individu yang memberikan ‘rating’ satu bintang.
Artikel Berkaitan: Haliza Maysuri Kesal, Lauk-Pauk Dikecam Netizen – ‘Apa Dibuat Tetap Salah Di Mata Yang Suka Menilai’
Artikel Berkaitan: ‘Yang Pernah Makan Rembayung, Ada Tak Cara Senang Dapat Slot’ – Haliza Maysuri
Rating 1 bintang

Menerusi hantaran di Instagram, Haliza memaklumkan butik Bawal Exclusive Indonesia itu masih dalam proses pengubahsuaian dan belum dibuka secara rasmi kepada orang ramai.
Di mana-mana kita berada, pasti ada ujian. Butik Bawal Exclusive Indonesia masih dalam proses renovasi. Belum dibuka secara rasmi.
Belum menerima seorang pun pelanggan lagi, namun sudah ada yang memberi satu bintang dan meninggalkan komen.
Bagaimanapun, Haliza memilih untuk tidak mengambil pusing terhadap perkara tersebut dan menganggap itu sebagai satu ujian dalam perjalanan perniagaannya.
Menurutnya, setiap cabaran yang datang perlu dihadapi dengan hati yang tenang serta penuh kebergantungan kepada Tuhan.
Tidak mengapa, sesungguhnya kepada Allah sahaja tempat kami bergantung. Percayalah rezeki tidak pernah salah alamat dan kejayaan tidak pernah lahir tanpa diuji terlebih dahulu.
Perkongsian itu turut mendapat sokongan daripada pengikutnya yang rata-rata memberi kata-kata semangat serta mendoakan agar urusan perniagaan Haliza di Indonesia dipermudahkan.
Sumber: Instagram








![[VIDEO] ‘Setelah Sekian Lama Tak Jumpa, Akhirnya Dapat Juga Saya Peluk & Cium Ibu’ – Kak Nona](https://asset.ohbulan.com/2026/08/kak-nona2.jpg)