berita

Hamil Enam Bulan, Scha Al-Yahya Melancong Ke Korea Pula

April 25th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

scha alyahya-9

Bagi sesetengah ibu mengandung, proses kehamilan dari bulan pertama hingga kesembilan boleh menjadi antara saat-saat sukar sebelum bergelar ibu.

Ada yang mengalami alahan teruk dan tidak boleh berada dalam satu perjalanan yang jauh serta lama kerana bersifat paranoid atas keselamatan bayi di dalam kandungan.

Bagaimanapun, lain pula dengan Scha Alyahya yang memang terkenal dengan perwatakannya yang lincah dan aktif.

Walaupun usia kandungan sudah mencecah enam bulan, namun isteri kepada Awal Ashaari ini masih lagi ligat melancong seperti baru berkahwin.

Screen Shot 2014-04-24 at 19.33.26

Baru sahaja pulang dari Eropah kira-kira dua bulan lepas, kini Awal dan Scha sekali lagi terbang ke luar negara untuk menikmati percutian yang digelar ‘babymoon’.

Menerusi gambar-gambar di Instagram, pasangan ini dilihat mula bertolak ke Korea pada 22 April lalu bersama pemenang peraduan Fly Me To Korea anjuran Senheng yang mana Awal dan Scha adalah duta kepada syarikat itu.

Difahamkan, peraduan itu dibuat sekitar tahun lepas menerusi kempen Raya Ceria, namun baru tahun ini mereka berpeluang menikmati percutian ke Korea seperti dijadualkan.

scha alyahya-5

Selain daripada berkongsi gambar tempat-tempat menarik, Scha turut mencuri perhatian peminat dengan baby bumpnya yang semakin menyerlah. Mungkin kerana Scha sudah selesa memakai pakaian mengikut bentuk badannya berbanding sebelum ini.

Sekali pandang, makin berseri-seri pula wajah Scha sejak mengandung. Apapun, jom tengok foto-foto pasangan sama cantik sama padan ini di bawah.

SKIP THIS AD ×