berita

Hampir 100 Ribu Orang Ingkar Perintah Berkurung Hadiri Upacara Pengebumian

April 19th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Dhaka, Bangladesh, puluhan ribu orang telah melanggar perintah berkurung yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menghadiri upacara pengebumian imam terkenal iaitu Jubayer Ahmad Ansari.

Menerusi laporan Dailymail.co.uk, kesemua mereka ingin memberi penghormatan terkahir kepada imam popular tersebut.

Hanya 50 orang dibenarkan

Menurut laporan dan persetujuan keluarga arwah, hanya 50 orang sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri upacara pengebumian arwah Jubayer di bandar Sarail semalam. Ini kerana, kerajaan dan keluarga rawah ingin mengelak risko penularan musibah yang sedang melanda semua negara.

Menurut Ketua Polis Darali, Shahadat Hossain kesemua pegawainya tidak dapat mengawal ribuan orang yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada imam popular berusia 55 tahun itu, yang meninggal dunia semalam. Hampir 100 ribu dipercayai hadir pada upacara pengebumian itu.

Mengisytiharkan perintah berkurung

Sebelum ini, Bangladesh mengisytiharkan perintah berkurung pada 26 Mac lalu apabila wujudnya pertambahan kes. Setakat semalam, jangkitan COVID-19 di Bangladesh meningkat lebih 300 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan 2,200 kes manakala sembilan lagi kematian dicatatkan. Mengenai angka kematian pula, setakat semalam sudah 84 orang maut.

Di samping itu, pihak berkuasa berkata jumlah tersebut akan jauh lebih tinggi berikutan kekurangan kit ujian dan kemudahan bagi memeriksa lebih ramai orang. Sesi solat berjemaah tidak boleh melebihi lima orang di lebih 300 ribu masjid di seluruh Bagladesh antara arahan yang dikeluarkan pihak kerajaan buat semua masyarakat di sana.

Sumber: Dailymail.co.uk

SKIP THIS AD ×