
Hampir 1,000 penyertaan direkodkan dalam tempoh beberapa hari selepas pelancaran kempen Tonton Non Stop, On Top! sekali gus mencerminkan sambutan daripada orang ramai untuk merebut pelbagai ganjaran menarik.
Artikel Berkaitan: Tonton Lancar ‘Non Stop, On Top! – Kempen Ganjaran RM700,000, Tonton Drama Boleh Menang Kereta & Hadiah Lumayan
Artikel Berkaitan: RR2026: Jwanjih Drama Sajikan Kandungan Eksklusif Sepanjang Ramadan & Raya Di TV3 & Tonton
Ganjaran menarik

Pelanggan TontonUp masih mempunyai peluang untuk menyertai pusingan pertama yang sedang berlangsung serta mula mengumpul mata bagi merebut kedudukan terbaik.
Bagi pusingan ini, pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan drama vertikal Korea dan tempatan sambil mengumpul mata untuk meningkatkan peluang membawa pulang hadiah menarik.
Berikut merupakan kandungan terpilih yang boleh ditonton bagi pusingan pertama ini:
- The Tyrant’s Bride-to-be
- My Guy Friend is a Chaebol
- My Partner, The Devil
- Romance is Comedy
- Level Up to Mess
- The Most Painful Kiss in the World
- Love Fight Club
- The Billionaire’s Imposter
- Love Magic at Hongsi Bar
- The Forbidden Bloom
- My Time-Travelling Prince
- The MARRY Plan, MARRY
- The Devil’s Schoolgirl
- Benci Jadi Cinta
- Separuh Nafas Cinta
- Nur Untuk Ariff
- Mr. Perfect Ramadan
- My Role Model
- Kampong Gatal (KGG)
- Offside Husband
Apa yang lebih menarik, Tonton Non Stop, On Top! menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM700,000, termasuk sebuah Nissan Kicks e-Power 1.2L VL, sebuah GAC Emkoo 1.5L Turbo, dua unit TQ Wuling Bingo EV, 70 telefon pintar Oppo serta 1,120 baucar tunai Watsons bernilai RM108 setiap satu.
Tonton turut memperkenalkan Turboost, iaitu ciri khas yang menawarkan mata berganda bagi kandungan terpilih yang distrim pada setiap Sabtu dan Ahad.
Dengan cara ini, pengguna boleh melonjakkan kutipan mata dengan lebih pantas.
Berikut ialah senarai kandungan terpilih yang menawarkan mata berganda menerusi Turboost bagi hujung minggu pertama (20 & 21 Jun 2026):
- Anugerah Tanpa Cahaya
- Ayahanda
- Menanti Yang Pasti
- Switch
- Sori: Voice From the Heart
Di samping mengumpul mata melalui kandungan terpilih dan Turboost, pelanggan juga boleh menambah kutipan mata bonus menerusi pembelian Tonton Subscription Gifts untuk keluarga dan rakan-rakan.
Pelanggan akan menerima 100 mata bonus bagi setiap hadiah langganan tiga bulan, manakala hadiah langganan 12 bulan melayakkan mereka memperoleh 400 mata bonus.
Apa tunggu lagi? Layari www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton untuk menyertai kempen Tonton Non Stop, On Top! hari ini.
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.







![[VIDEO] Anak 1 Tahun 6 Bulan Ditinggalkan Sendiri, Ayah Pantau Guna CCTV Ketika Bekerja](https://asset.ohbulan.com/2026/07/anak-2-tahun.jpg)
