Hampir 15,000 peminat muzik tanah air membanjiri Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan Konsert Jiwa Malaysia, pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: Exists & Masdo Beraksi Atas Satu Pentas, Konsert ‘Battle Of Time’ Bakal Gegarkan Dewan Merdeka 10 November Ini
Artikel Berkaitan: M. Nasir Beri Kejutan Buat Peminat, Pentaskan Konsert Cipta 2 Pada 12 Oktober
Penonton tak berganjak
Konsert yang berlangsung hampir 7 jam itu menyaksikan 38 buah lagu telah dipersembahkan oleh barisan penyanyi hebat tanah air seperti Bella Astillah, Dolla, Ruffedge, Insomniacks, Spider, Bunkface dan Hujan.
Meskipun cuaca hujan renyai seketika, tetapi ianya langsung tidak mematahkan semangat malah para penonton tidak berganjak untuk menonton barisan penyanyi kesayangan mereka.
Bukan hanya dihiburkan dengan nyanyian barisan artis tetapi Konsert Jiwa Malaysia turut menyajikan persembahan muzik berunsur patriotik yang mampu menyemarakkan semangat kemerdekaan terutama dalam kalangan generasi muda.
Kehadiran Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim turut hadir memberi sokongan malah menggalakkan penganjuran konsert bertemakan patriotik di negara ini kerana program seperti ini mampu menerapkan nilai patriotism dalam diri masyarakat terutama sekali golongan belia.
Menerusi konsert seperti Jiwa Malaysia 2024 ini, saya anggap ia satu medan ekspresi patriotik kerana tidak semestinya nilai kenegaraan itu sebagaimana yang biasa kita tengok atau baca ikrar dan sebagainya.
Mencintai ‘scene’ muzik tempatan juga merupakan satu bentuk patriotisme’
Tambah Adam Adli lagi, Konsert Jiwa Malaysia 2024 direka untuk menyentuh hati generasi muda dengan muzik yang mengangkat tema patriotik.
Melalui persembahan lagu-lagu yang menyanjung kedaulatan dan kecintaan terhadap negara, saya berharap anak-anak muda akan lebih memahami dan menghargai nilai-nilai kebangsaan.
Untuk info, Konsert Jiwa Malaysia merupakan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia dengan MND Sport & Event selaku penganjur bersama sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 dan juga Hari Malaysia.