berita

Hampir 3 Tahun Tak Buat Persembahan, Ayda Jebat Kembali Aktif & Lincah Di Pentas Pembukaan AJL36

March 7th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Boleh dikatakan hampir tiga tahun tidak melakukan persembahan di khalayak ramai, penyanyi Ayda Jebat akhirnya kembali beraksi di pentas pembukaan Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36), semalam.

Wow!

Kalau korang ingat, kali terakhir Ayda membuat persembahan besar adalah di Anugerah Skrin 2019. Pada masa tersebut, Ayda menyanyikan lagu ‘Temberang’. Selepas daripada itu, Ayda mengambil keputusan untuk berehat seketika dan melahirkan anak sulungnya Ana Nayla pada 21 September tahun lalu. AJL 36 menjadi medan kemunculan pertama Ayda selepas sekian lama berehat. Tidak meletakkan sebarang janji untuk persembahan kali ini, Ayda berharap ia dapat mengubat kerinduan peminatnya.

Terima kasih kepada tenaga produksi AJL 36. Saya tak sangka dijemput untuk membuat persembahan pembukaan. Saya rasa teruja tapi dalam masa yang sama, saya tak dapat buat latihan yang mencukupi kerana masa agak suntuk dan saya sendiri takut nak keluar kerana baru sahaja ada anak dan keadaan Covid-19 sekarang pun tidak menentu.

Jika dahulu masa bujang, tiga hari sebelum persembahan saya dah berkampung untuk melakukan sesi latihan secara berterusan. Untuk persembahan kali ini, semalam baru saya mula berlatih. Nothing much I can offer, tapi saya berharap penonton dapat ‘enjoy’ dengan persembahan saya. Saya tak boleh janji apa-apa untuk persembahan kali ini.

Welcome back!

Di Instagram, rata-rata netizen berjaya melepaskan rasa rindu sebaik sahaja melihat Ayda Jebat melakukan persembahan. Menurut netizen, persembahan Ayda masih lagi bertenaga dan terbaik. Netizen turut berharap Ayda akan mengeluarkan single terbaru selepas ini.

Sumber: Xtra

SKIP THIS AD ×