Selepas hampir empat tahun menyulam cinta, pempengaruh media sosial, Liya Maisarah selamat bergelar isteri kepada pilihan hati yang juga pempengaruh, Imran Vokey.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Dedah Perangai Anak-Anak, Belum Sedia Terima Menantu – ‘Nabila Kemas Bilik Pun Tak Pandai’
Artikel Berkaitan: Cik Pia Masih Trauma, Belum Terbuka Hati Nak Kahwin Baru – ‘Saya Janda Umur 38, Siapalah Yang Mahu’
Liya milik Imran
Pasangan itu selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan pada Jumaat.
Liya yang manis dalam persalinan serba putih menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian.
Bersyukur segalanya berjalan lancar, Liya berdoa agar ikatan perkahwinan yang dibina diberkati Allah.
Alhamdulillah, akhirnya kami sah. Selepas tiga tahun 11 buan kami bersama. Sekarang secara rasmi kami suami isteri.
Saya akui tidak mudah, namun dengan rasa cinta dan kesabaran kami melaluinya bersama.
Semoga Allah sentiasa memberkati perjalanan kita bersama. Banyak tahun yang akan kita tempuh bersama. Sekarang kita boleh ‘expose’ hubungan yang sudah halal ini.
Majlis akad nikah yang berlangsung di Damansara itu turut dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pengantin.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan mahligai perkahwinan kekal hinggah jannah.
Sumber: Instagram