berita

Hampir Di Penghujung, Ini 5 Aktiviti Korang Boleh Cuba Untuk Jadikan 2020 Lebih Memorable!

December 24th, 2020 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Menghampiri tahun baru, mesti ramai diantara korang yang dah mula habiskan cuti tahunan kan? Tapi, dalam pandemik sekarang aktiviti dan pergerakan kita agak terbatas sampai nak ambik cuti pun macam tak berapa syok je rasanya.

Memandangkan tahun ni agak mencabar untuk kita, apa kata korang akhiri 2020 yang berbaki beberapa hari lagi ni dengan aktiviti yang kami senaraikan di bawah agar 2020 korang lebih bermakna!

1. Cuti-Cuti Malaysia

Kredit foto: Minang Cove Resort

Rancang percutian dalam negara! Negara kita ada banyak tempat best untuk korang lawati tau! Nak ke pulau, bandar atau kawasan perkampungan? Semuanya boleh!

Inilah masanya untuk kita merancakkan semula aktiviti perlancongan tempatan yang terkesan teruk dek kerana pandemik Covid-19. Kiranya sambil menyelam minum air, sambil berjalan dapatlah membantu ekonomi tempatan. Siapa lagi nak tolong orang kita kalau bukan kita sendiri betul tak? :)

Untuk yang kaki makan, apa kata ke Terengganu atau Pulau Pinang. Dua tempat ini memang terkenal dengan pelbagai jenis sajian menyelerakan! Kalau mahu tenangkan fikiran dengan memandang lautan biru, cubalah ke Pulau Rawa, Perhentian atau Tioman. Mesti terubat segala kesedihan korang sepanjang 2020 ni!

2. Explore kedai makan best!

Kalau korang terikat dengan faktor masa yang agak terhad untuk percutian panjang, tukarkan ia menjadi trip harian je! Terokai tempat makan best di sekitar Kuala Lumpur atau negeri-negeri berhampiran yang membolehkan korang untuk pergi dan balik dalam hari yang sama.

Jika korang tinggal di sekitar KL, bolehlah ke Negeri Sembilan, Ipoh ataupun Melaka. Ajak teman-teman ataupun yang tersayang sekali, mesti tanpa berfikir panjang diorang terus setuju punyalah!

3. Luangkan masa dengan keluarga

Kini, bekerja dari rumah adalah sebahagian daripada norma baharu. Tapi, mungkin tak ramai yang perasan bila bekerja dari rumah ada yang menjadi semakin sibuk sehingga perlu bekerja melepasi waktu pejabat sampaikan waktu bersama keluarga semakin berkurangan.

Ambil peluang untuk manfaatkan cuti korang dengan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Lagi-lagi buat ibu bapa yang mempunyai anak.

Memetik laporan HelloDOKTOR, menghabiskan masa bersama keluarga membantu mengurangkan masalah disiplin kerana anak-anak yang meluangkan lebih masa bersama ibu bapa cenderung untuk lebih terbuka dalam berkomunikasi sekaligus mengurangkan masalah tingkah laku.

4. Picnic!

Kredit foto: VisionKL dan Pinterest

Perasan tak kebelakangan ni ramai orang suka pergi picnic? Haa sebab kita ada banyak taman yang cantik dekat KL ni tau! Antara yang popular ialah Tasik Perdana. Dekat sini ada banyak spot cantik untuk korang bergambar dan lepak-lepak sambil catch up dengan update terbaru dari teman-teman atau keluarga.

Nak berkelah di kawasan air terjun pun boleh! Antara lokasi air terjun sekitar KL yang menjadi pilihan kami ialah air terjun Sungai Pisang, Gombak dan air terjun Kubang Gajah, Kampung Kemensah. Seronok weh bila sekali-sekala dapat berendam dalam air sungai yang sejuk!

Tapi harus diingat dalam pada kita seronok nak kesana-kesini SOP jangan diabaikan ya. Sentiasa kenakan pelitup separuh muka, bawa hand sanitizer dan jaga jarak sosial agar kita dapat bersama putuskan rantaian Covid-19.

5. Cipta kenangan indah bersama BMW!

Mengambil kira masa yang sukar sepanjang tempoh 2020, BMW bertekad untuk jadikan saat-saat akhir 2020 korang lebih indah dengan menganjurkan aktiviti sosial BMW Joy 2020 Review!

Bermula 29 Disember sehingga 31 Disember nanti jom kongsikan 10 pencapaian korang sepanjang tahun ni bersama BMW melalui template IG Story di laman Instagram rasmi mereka kemudian tag dan kongsikan ia bersama rakan-rakan korang.

Untuk setiap penyertaaan kesepuluh, korang akan membawa pulang Jurnal 2021 bersama sarung kulit yang direka khas! What a perfect way untuk korang mulakan tahun baru dengan jurnal dan azam yang baru :)

Jentera BMW dihantar terus ke depan rumah!

Bukan tu je! Melalui kempen 10 Days of Joy pula korang berpeluang untuk memandu uji kenderaan BMW selama seminggu! Istimewanya kenderaan tersebut bakal dihantar terus ke depan rumah korang!

Kecohlah jiran-jiran korang nanti bila tiba-tiba je ada hadiah BMW sampai, bolehlah korang ajak diorang tumpang naik sekali masa pandu uji tu okay!

Peraduan ini akan berlangsung untuk tempoh 10 hari sehingga 31 Disember. Beberapa peserta bertuah akan dipilih untuk memenangi barangan eksklusif daripada BMW termasuklah merchandise, baucar servis, rim, tayar dan hadiah utamanya peluang memandu uji jentera BMW seperti yang kami nyatakan di atas.

Korang mesti dah teruja nak tahu macam mana caranya untul menang semua hadiah best ni kan? Caranya mudah je, korang hanya perlu lawati laman sosial media rasmi BMW di sini dan jawab soalan yang diberikan setiap hari di ruangan komen.

Jangan buang masa guys! Takkan korang tak nak bergaya dengan kenderaan BMW kot? Jom ke laman Facebook BMW Malaysia sekarang dan sertai BMW Joy 2020 Review serta 10 Days of Joy! Selamat mencuba!

SKIP THIS AD ×