berita

Hampir Ditikam Dengan Screwdriver, Wanita Nekad Minta Tolong Dengan Bekas Kekasih, Dakwa Dipukul Suami Setiap Hari

June 20th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita meluahkan pengalaman menakutkan dalam hidupnya apabila ‘tersalah’ kahwin dengan seorang lelaki yang belum mengenali hati budi. Kisah menyayat hati itu dikongsikan kepada personaliti televisyen, Fedtri Yahya sebagai pengajaran dan iktibar kepada semua wanita di luar sana.

Artikel berkaitan: Isteri Sanggup Jadi Suri Rumah Besarkan 4 Anak, Suami Nak Kahwin Lagi Sebab Jumpa Wanita Bekerjaya Yang ‘Lembut’

Difahamkan, wanita tersebut sering dipukul oleh suami setiap hari sehingga meninggalkan kesan lebam ungu pada anggota badan. Akibat tidak tahan, dia bertindak menghubungi bekas kekasihnya meminta tolong tanpa pengetahuan suami.

Berkahwin dan ditipu hidup-hidup

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, ayah kepada wanita ini telah terima lamaran dari wakil pihak saudara mara lelaki yang bakal mengahwini anaknya itu. Sedangkan ketika itu, wanita tersebut sudah mempunyai kekasih hati dan telah merancang untuk berkahwin. Bagaimanapun, wanita berkenaan hanya menurut keputusan yang dibuat oleh ayahnya dan bersetuju berkahwin dengan lelaki berkenaan.

Saya cuma nak share. Saya berkahwin dan ditipu hidup-hidup. Kononnya bekerja, tetapi biawak hidup. Dia sepakat dengan saudara mara, orang tengah yang datang merisik kononnya kerja bagus. Ayah saya terima lamaran dan waktu tu saya dah ada kekasih dan dalam perancangan nak berkahwin. Tapi saya turutkan keputusan ayah saya dan tinggalkan kekasih saya.

Selepas berkahwin, rupanya dia biawak hidup dan bekas banduan (kesalahan meliwat dan memukul pelajar di tempat dia pernah bekerja). Dan selepas seminggu perkahwinan dia mula naik kaki dan tangan, muka saya pernah dihentak di dashboard. Saya hampir ditikan dengan screwdriver. Hidup saya dalam ketakutan, setiap masa saya diugut untuk dijual.

Sehingga usia perkahwinan 5 bulan, saya nekad nak balik kepada family. Saya diam-diam install Whatsapp dan minta pertolongan dengan bekas kekasih saya yang dulu sebab itu je nombor yang saya ingat. Dia dah padam semua nombor family saya dan dalam keadaan ketakutan dan trauma saya tak dapat nak recall nombor adik-beradik saya. Allah tolong saya, makbulkan doa saya setiap malam saya mohon supaya dikeluarkan dari hidup macam ni.

Minta tolong pada bekas kekasih

Gambar sekadar hiasan

Malangnya, selepas mendirikan rumah tangga, dia baru menyedari bahawa suaminya itu adalah seorang banduan dengan kesalahan meliwat dan memukul pelajar di tempat kerjanya. Malah, wanita tersebut dipercayai dipukul oleh suaminya setiap hari. Akibat sudah tidak tahan, dia terfikir untuk menghubungi bekas kekasihnya dan mengadukan mengenai perkara tersebut.

Bekas kekasih saya reply dan terus call abang saya. Abang saya buat report dan bagitahu lokasi saya pada polis. On the spot, dia kena tahan dan saya dibawa ke hospital untuk meperiksaan. Dia kena reman seminggu selepas keluar ugut saya lagi macam-macam. Saya pergi ke mahkamah untuk bercerai atas alasan tidak diberi nafkah sebab nak buat tuntutan taklik pukul kena ada bukti sedangkan kesan lecam sebelum ini semua saya tak pernah refer klinik.

Setahun saya berjuang, dia ugut lagi dan lagi katanya nak gantung saya tak bertali. Duit bayar lawyer saya kumpul dengan meniaga online dan ambil upah bungkus barang. Alhamdulillah, settle bayar lawyer. Dan sekarang Alhamdulillah Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Saya dah berkahwin dengan bekas kekasih saya dan sekarang dah 4 tahun kami berkahwin dan dikurniakan dua orang anak.

Keluarga bekas kekasih masuk melamar

Gambar sekadar hiasan

Syukur, selepas kes penceraian tersebut selesai, wanita berkenaan telah menerima kunjungan lamaran dari pihak bekas kekasihnya itu. Kini, mereka sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua orang anak.

Pesan saya buat wanita di luar sana, kita semua kuat cuma kita kena cari punca kekuatan waktu kita lemah. Kena saya diri lebih sayangkan orang lain. Janda itu tittle sahaja, lebih baik menjanda dari meninggal dunia sebab lelaki tak guna macam tu. Mulut orang mengata biarkan saja, waktu saya bercerai pun satu kampung cakap saya tak pandai jaga suami, mulut saya lancang katanya. Tapi saya ignore dan teruskan hidup.

Saya pun tak sangka dia masih tunggu saya. Lepas selesai kes saya, semua family dia datang melamar saya. Ayah menangis dan minta maaf dengan saya dan family dia. Itulah rezeki saya, Allah sayang saya.

Sumber: Ahmad Fedtri Yahya

SKIP THIS AD ×