Umum sedia maklum, pendakwah bebas iaitu Ebit Lew berangkat ke Afrika Selatan sejak 21 Mac lalu bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan di sana. Dia turut berkongsi pelbagai pengalaman dan kesusahan masyarakat yang tinggal di sana.
Artikel berkaitan: Sampai Ke Afrika Selatan Ustaz Ebit Lew Tolong…
Artikel berkaitan: ‘Semua Orang Terkejut Dia Nak Ikut Saya’ – Ebit Lew
Setelah hampir dua minggu, kini pendakwah bebas itu pulang ke Malaysia dan turut meluahkan kerinduaannya terhadap keluarga yang menanti kepulangan Ebit Lew.
Doakan ye…
Menerusi posting yang dikongsikan Ebit Lew di laman Instagram, dia memohon doa dari pengikutnya untuk melancarkan segala urusan perjalanan pulang ke Malaysia. Difahamkan, Ebit Lew berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa O.R. Tambo, Afrika Selatan ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
Doakan yer. Rindunya bidadari dan anak-anak serta Malaysia. Perjalanan balik dari South Afrika ke Malaysia. Alhamdulillah test Covid negatif. Balik terus kuarantin 10 hari. Semoga menjadi asbab kebaikan.
Akan kuarantin 10 hari
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Ebit Lew telah mendapat keputusan negatif dari ujian saringan Covid-19 yang dilakukannya sebelum bertolak pulang ke Malaysia. Tambahnya, dia juga perlu menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari sebagai langkah keselamatan.
Sumber: Ebit Lew