berita

Hampir Murung Hadapi Perceraian, Radhi OAG Sertai Jemaah Tabligh

January 29th, 2020 | by faris
Kini Trending

Berdepan dengan masalah rumah tangga sejak Mac, mahligai perkahwinan yang terbina antara Radhi OAG dan isteri Nur Shahira Ayu Zahiri berakhir Julai tahun lalu. Sejak itu, Radhi dikatakan hampir berdepan kemurungan selepas perpisahan tersebut.

Ikut tabligh

Menurut Radhi kepada Harian Metro, perceraian dengan isteri telah memberi kesan besar dalam hidup. Dari kehidupan berumah tangga, hidupnya berubah secara langsung selepas itu.

Siapa tak sedih kalau bercerai dan sememangnya saya sangat tertekan. Bayangkan tiba-tiba rumah tiada orang lain dan hanya tinggal saya seorang.

<block-content”>Selepas bercerai, saya hampir tidak tahu bagaimana nak teruskan kehidupan. Namun, saya berusaha berdoa dan mendapatkan petunjuk daripada Allah.

Tambahnya lagi, dia turut menyertai jemaah tabligh yang telah menolongnya mengatasi masalah dihadapinya. Malahan, ketika itu dia merasakan Allah telah menghantar pertolongan kepadanya.

Saya ada mengikut jemaah tabligh berdakwah dan mereka banyak membantu. Ketika itu saya merasakan Allah menghantar bantuan kepada saya. Alhamdulillah ketika bersama mereka, saya menerima ujian berat itu. Ini semua urusan Allah.

Reda pasal hak jagaan

Berhubung hak penjagaan anak, dia reda dengan ketentuan walaupun mengakui anak sangat penting dalam hidupnya. Walaupun dibenarkan berjumpa, namun dia teringin bawa anak-anak pulang ke rumah melepas rindu.

Anak sangat penting buat saya tapi tak boleh salahkan pihak bekas isteri mengenai hak penjagaan. Saya reda kalau jarang dapat dan tak mahulah mengganggu mereka.

Memang saya dibenarkan berjumpa anak saya, tapi itulah, tak puas. Saya teringin juga nak bawa mereka balik dengan saya dan tidur memeluk mereka.

Sumber: Harian Metro