Pempengaruh media sosial dan usahawan muda, Tyra Kamaruzzaman berkongsi pengalamannya selepas hampir sebulan bergelar isteri.
Artikel Berkaitan: Tyra Kamaruzzaman Mengaku Pasang ‘Bodyguard’ Ketika Majlis Kahwin Atas Faktor Keselamatan
Artikel Berkaitan: [FOTO] Tyra Kamaruzzaman Pakai Busana Pengantin ‘Gunung Ledang’ Hasil Sentuhan Suami, Meja Beradab 7 Dulang Hantaran Hati Nyamuk Jadi Tumpuan!
Berkahwin dengan kawan baik
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Tyra atau nama sebenarnya Athirah Kamaruzzaman, 25, meluahkan rasa syukur kerana memiliki seorang suami, Emran Rijal yang sangat memahami dan penyayang.
Perkongsian itu dilakukan Tyra susulan ada peminat yang bertanya bagaimana kehidupannya selepas mendirikan rumah tangga baru-baru ini.
Saya rasa berkahwin dengan kawan baik sendiri sangat membantu saya untuk develop karakter dan saya rasa gembira bila orang yang saya cinta berada di sebelah saya setiap kali bangun tidur.
Emran jadikan ‘pillowtalks’ sebagai rutin kami setiap hari sebelum tidur. Ianya bantu kuatkan lagi hubungan kami dalam segala perkara.
Untuk rekod, Tyra sah bergelar isteri kepada Emran yang juga merupakan seorang pereka fesyen selepas enam bulan mengkikat tali pertunangan.
Sumber: Tyra Kamaruzzaman