berita

Handbag Korang Cepat Rosak? Jom Follow 5 Tips Mudah Penjagaan Beg Ni!

November 26th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trendy

Beg tangan adalah aksesori perempuan yang penting. Kalau keluar tak bawa beg rasa macam something’s missing. Yelah, kita kan nak simpan segala barang keperluan dalam beg macam handphone, purse, makeup dan sebagainya sampai boyfriend pun nak selit wallet dia dalam beg korang.

Jadi selama mana beg kesayangan korang boleh bertahan? Ada yang pakai dalam beberapa bulan je beg dah koyak lah, tali beg putus lah. Mesti stress kan nak kena keluar duit beli beg baru lagi. Haa.. nak tahu macam mana cara penjagaan beg tangan yang betul, jom follow tips mudah yang min nak share ni!

1. Jangan letak atas lantai

Kredit: Ideal Imagery

Jangan amalkan letak beg korang atas lantai bila pergi restoran, office atau mana-mana pun. Never! Korang tahu kan lantai di luar tu penuh dengan kotoran dan kuman, kenapa korang nak juga letak beg atas lantai?

Cuba lepas ni biasakan letak beg korang tu kat atas riba, di belakang kerusi atau ambil je satu lagi kerusi kosong untuk korang letak. Lagi satu cara korang beli penggantung beg yang murah tu. Haa.. tak susah kan?

2. Simpan elok-elok

Kredit: The Spruce

Korang simpan beg atas almari atau bawah katil ke? Kalau betul pleaseee jangan buat lagi tau! Tempat yang korang letak tu akan mudah berhabuk dan merosakkan kualiti beg korang. Nak beg tahan lebih lama, korang kena lah simpan dengan cara betul.

Kredit: Pinterest

Lagi bagus kalau korang ada storage sendiri untuk simpan handbag dalam bilik. Baru nampak kemas dan tersusun. Takdelah beg korang tu bersepah kan. Salah satu lagi cara adalah korang gantung beg korang tapi pastikan beg kosong tau. Kalau tak, berat beg tu boleh menyebabkan talinya rosak dan mudah putus.

3. Gunakan dust bag

Kredit: The Handbag Spa

Selalu kalau korang beli beg tangan yang branded mesti dapat satu dust bag kan. Haa.. jangan tak gunakan pulak. Bila korang tak pakai beg, make sure korang balut beg korang dengan dust bag untuk elakkan segala habuk dan kotoran melekat kat beg.

Kalau takde dust bag, korang boleh je gunakan tudung atau baju yang tak dipakai lagi untuk balut beg. Jangan biarkan beg bergesel antara satu sama lain dalam storage. Barulah kualiti beg korang tahan lama.

4. Gunakan small clutch

Pernah tak BB cream atau lipstick dan skincare yang korang simpan dalam beg tu terbuka penutupnya? Haa.. kan dah tak pasal-pasal comot beg korang! Lecehnya nak kena bersihkan interior beg tu. Kalau jadi macam ni, cepat-cepat bersihkan stain tu supaya ia tak melekat dan susah dibersihkan.

 

Apa yang perlukan adalah small clutch atau makeup bag untuk simpan segala barang makeup dan skincare sebelum menyimpannya dalam handbag. Cara ni barang-barang lebih tersusun dan mudah dicari. Takdelah nanti korang teraba-raba isi beg korang tu kan.

5. Rutin penjagaan beg

Selain dari tips di atas, rutin yang korang kena amalkan dalam penjagaan beg adalah:

  • Elakkan memegang beg dengan tangan yang kotor atau yang dah disapu losyen atau krim.
  • Simpan beg dari terkena cahaya matahari atau direct sunlight.
  • Pakai beg secara berselang dengan beg lain supaya ia tidak mudah rosak.

  • Guna berus suede untuk bersihkan beg.
  • Gunakan leather moisturizer untuk beg kulit lebih tahan lama.
  • Cuci beg menggunakan kain lembut setiap minggu.

Dah tahu kan cara nak bagi beg kesayangan tahan lebih lama? Jimat sikit duit lepas ni tak payah tukar-tukar beg selalu. Korang jangan lupa amalkan tips ni okayss :)

 

Sumber: Live AboutThe Handbag SpaThe Chriselle FactorWho What Wear

 

 

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×