berita

Hanez Enggan Respon Isu Bercinta Dengan Suami Orang

February 24th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Tonton-34

Kecoh seketika dunia hiburan tanah air apabila pelakon utama siri ‘Autumn Di Hatiku’, Hanez Suraya dikatakan bercinta dan bakal berkahwin dengan suami orang.

Artikel Berkaitan: Isu Cinta Suami Orang – Adakah Hanez Suraya Sudah Tahu Status Lelaki Tersebut?

Melalui sumber-sumber yang dipercayai, kami melihat beberapa keping foto mesra Hanez bersama jejaka itu, tetapi sungguh terkejut apabila mendapati Hanez turut mempunyai foto bersama anak jejaka tersebut.

Persoalannya, mengapa Hanez masih lagi berselindung sedangkan semua bukti menunjukkan Hanez sudah mengetahui status lelaki itu yang bergelar suami orang?

hanez suraya

Foto mesra Hanez bersama kanak-kanak yang dipercayai anak jejaka itu

Hanez sewaktu dihubungi kami berkata dia tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara ini kerana bimbang akan disalaherti oleh mana-mana pihak.

Boleh tak Hanez taknak jawab isu ini buat masa sekarang. Hanez semak sekarang ni. Kalau jawab nanti esok akan timbul lagi.

Jadi Hanez ambil pendekatan untuk tidak menjawab dan bila sampai masanya nanti Hanez akan berkongsi juga.

Dalam pada itu, Hanez turut enggan mengulas mengenai foto dia bersama kanak-kanak yang dipercayai anak kepada lelaki tersebut.

Hanez taknak mengaibkan sesiapa, mengenai gambar tu, Hanez malas nak jawab, biarlah orang nak cakap apa.

Semalam, Hanez telah diserbu oleh wartawan Melodi mengenai status bakal suaminya yang dikatakan suami orang, namun, dia enggan mengakuinya.

SKIP THIS AD ×