berita

Hanez Suraya Minta Maaf Secara Terbuka, Sedar Kesilapan Atau Promosikan Teater?

June 5th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Press-Conference-Projek-Kahwin-40-630x420

Dahulu bila sebut sahaja nama Hanez Suraya mesti ramai yang jelik. Kenapa? Anda tahu sebabnya, tak perlu diceritakan lagi.

Tapi nampaknya masih ramai yang menyokong Hanez dan dapat menerimanya semula selepas pelakon tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram petang semalam.

Dengan memuat naik sekeping foto, Hanez meminta maaf di atas segala kesilapannya sebelum ini dan akui menerima teguran dengan hati yang terbuka.

Screen Shot 2014-06-04 at 20.31.39

Screen Shot 2014-06-04 at 20.31.55

Ajaibnya, ruangan komen di gambar Hanez tak lagi dibanjiri dengan kata-kata cemuhan, sebaliknya peminat gembira dan kagum dengan tindakan Hanez.

Tapi dalam banyak-banyak komen, terselit pula seorang individu yang mendakwa kenyataan maaf Hanez sengaja direka sebagai gimik untuk mempromosikan teater Projek Kahwin.

SC20140604-205143 copy

Kelakar sungguh tapi ada betulnya juga, kan? Iyalah, teater berkenaan tinggal dua hari sahaja lagi akan berlangsung. Mungkin ini salah satu strategi untuk meraih penonton.

Apapun, tak baik berburuk sangka. Anggap sajalah Hanez betul-betul dah sedar kesilapannya kali ini dan tak akan buat lagi di masa akan datang.

SKIP THIS AD ×